Beratur dan tunggulah giliran anda!
Pergi dan pulang kerja menggunakan pengangkutan awam (bas) lebih banyak mendidik diri supaya tahu sabar itu apa.
Pergi kerja tiada masalah kerana tidak perlu berebut-rebut untuk menaiki bas. Setiap pagi, mesti termenung sendirian di perhentian bas kerana jarang orang hendak ke sana.
Tapi, pabila pulang kerja...berduyun-duyun menaiki bas.
Saya adalah salah seorang manusia yang gemar 'menyekolahkan' orang (menegur). Suatu hari, 3 orang lelaki dan sepasangsuami isteri kekasih berebut-rebut mahu menaiki bas bernombor 9 (bas ke Shah Alam). Saya berada di barisan ke 3, di hadapan saya adalah 2 orang makcik yang umurnya sekitar akhir 40 an.
Mereka yang berebut itu menolak-nolak makcik-makcik itu dari sebelah kanan.
Tiba-tiba, angin 'menegur' saya datang.
"Hoi, sabarlah. Kan makcik tu tengah naik. Korang tak reti beratur ke?" saat itu saya merasakan muka saya bagai disimbah dengan darah. Merah padam.
Mereka terdiam. Cuak juga sebenarnya kalau-kalau mereka bertindak agresif. Saya juga bersalah kerana tidak menggunakan bahasa yang sopan.
Sudahnya, mereka adalah orang paling akhir menaiki bas setelah semua orang yang beratur naik.
Tak salah kalau bersabar kan?
Pergi dan pulang kerja menggunakan pengangkutan awam (bas) lebih banyak mendidik diri supaya tahu sabar itu apa.
Pergi kerja tiada masalah kerana tidak perlu berebut-rebut untuk menaiki bas. Setiap pagi, mesti termenung sendirian di perhentian bas kerana jarang orang hendak ke sana.
Tapi, pabila pulang kerja...berduyun-duyun menaiki bas.
Saya adalah salah seorang manusia yang gemar 'menyekolahkan' orang (menegur). Suatu hari, 3 orang lelaki dan sepasang
Mereka yang berebut itu menolak-nolak makcik-makcik itu dari sebelah kanan.
Tiba-tiba, angin 'menegur' saya datang.
"Hoi, sabarlah. Kan makcik tu tengah naik. Korang tak reti beratur ke?" saat itu saya merasakan muka saya bagai disimbah dengan darah. Merah padam.
Mereka terdiam. Cuak juga sebenarnya kalau-kalau mereka bertindak agresif. Saya juga bersalah kerana tidak menggunakan bahasa yang sopan.
Sudahnya, mereka adalah orang paling akhir menaiki bas setelah semua orang yang beratur naik.
Tak salah kalau bersabar kan?
No comments:
Post a Comment