Thursday, January 6, 2011

02012011:Buat Lelaki Itu



Tarikh 2 Januari setiap tahun sangat bermakna bagi lelaki di atas. Kerana itulah tarikh lahirnya bersamaan dengan tarikh lahir ayahnya. Berkongsi tarikh lahir antara mereka berdua.

Dia abang saya. Anak kedua dalam keluarga, lelaki yang bakal menjadi wali kepada saya menggantikan arwah ayah. Dia mungkin tidak hebat di mata sesiapa. Tapi, dialah lelaki yang ada di hati saya sejak kecil sehingga sekarang. Pengorbanannya terhadap keluarga sangat dihargai oleh kami semua.

Dialah yang menjadi 'kakak' kepada adik-adik setelah kakak melanjutkan pelajaran di TKC.

Dialah yang sering membasuh kasut sekolah saya sejak saya darjah 1-4.

Dialah yang membasuh pakaian kami adik-beradik sewaktu kami belum memiliki mesin basuh.

Dialah yang menggosok pakaian sekolah saya setiap hari Ahad (malam). Tidak pernah sekali pun terlupa!

Dialah yang seringkali menghantar bekal ke sekolah saya pada waktu tengah hari. (bila ada kelas tambahan petang)

Dialah tukang masak kami pabila ayah dan ibu tiada di rumah. Masakannya memang sedap.

Dialah abang, kawan, teman, teman seperbalahan, geng dapur, dan segala-galanya bagi saya.

Dulu-dulu, kami sekeluarga sambut hari lahir Ayah & Abang. Sekarang, hanya ucapan sahaja. Abang seolah-olah tidak mahu kami meraikannya seperti dahulu. Istilah meraikan bagi keluarga kami bukanlah ada birthday party & segala-galanya, tetapi sekadar sebiji kek & hadiah.

Mungkin Abang rindu saat-saat manis bersama Ayah, 'kembar' tarikh lahirnya. Kami juga begitu..

Ayah telah pergi, yang tinggal buat Ibu & kami hanya Abang. Doa kami buat Abang

Semoga Abang sihat walafiat, dilimpahi dengan nikmat iman & kasih sayang Allah, menjadi suami yang soleh buat isterinya, ayah yang terbaik buat anak-anak gadisnya, dae'i kami adik beradik, & manusia y berjasa kepada Agama Islam, bangsa Melayu, & negara Malaysia.

p/s: merancang sesuatu yang istimewa pada 11022011 nanti, tapi masih buntu!

No comments:

Post a Comment