Monday, February 21, 2011

11022011::Jumaat::08 Rabiul Awwal 1432H


Genap usia saya 26 tahun pada tarikh ini. Cantik tarikh lahir saya pada tahun ini. Alhamdulillah, usia yang sudah sampai waktu matang bagi pandangan masyarakat.

Apa yang terjadi pada tarikh ini?

  1. Mesej dan panggilan telefon bertalu-talu (belum boleh kalahkan panggilan untuk CEO lagi. Hehe) mengucapkan Selamat Hari Lahir. Paling awal 12.00 am & paling lewat hari ini..
  2. Lumrahnya, sahabat-sahabat di Muka Buku akan mengucapkan selamat hari lahir di dinding Muka Buku saya, sama ada yang dikenali atau tidak. Terima kasih atas ingatan dan doa kalian. Sangat menghargainya.
  3. Teman-teman di pejabat juga menyambut hari lahir saya dengan meriah. Sebiji kek daripada bos yang terchenta, Kak Zimah..terharu saya dibuatnya.
  4. Hampir 87% daripada ucapan selamat mereka berkisar mengenai jodoh. Mendoakan agar saya ditemukan jodoh dalam tempoh terdekat. Amin, Amin Ya Rabbal Alamin.
  5. Menerima hadiah sebagai orang dewasa. Haha
  6. Diraikan di tempat yang sangat romantik oleh Miss KB. Kami bertiga meraikan hari lahir bersama. Terima kasih Miss!
  7. Buat pertama kalinya diraikan dalam 3 majlis yang berbeza pada hari yang sama. Alhamdulillah wa syukurillah…
  8. Tahun ini merupakan tahun ke 4 saya meraikan hari lahir jauh dari bonda tercinta. Sedih….
  9. Pertama kalinya juga, saya meraikan hari lahir sebagai seorang pekerja. Di hari lahir, saya mengadap komputer, dan susunan data yang beribu-ribu itu
  10. Alhamdulillah, kurniaan kegembiraan saya pada hari tersebut membuatkan saya bahagia.

Selamat hari lahir buat Februarian…kata Kak Faiz “kamu orang Februari rupanya..patutlah dicampak ke mana pun, kekal berbakti


Semakin bertambah usia, semakin singkat waktu yang ada. Harapan dan doa saya adalah semoga saya kekal berbakti untuk masyarakat dan ummah. Tidak mahu futur atau patah semangat dalam segala lapangan yang saya ceburi.

No comments:

Post a Comment