Sunday, January 8, 2012

Buntu

Pabila mata terbuka

Saya mengharapkan segalanya berjalan lancar

Indah dan menyenangkan

Hingga kadang-kadang saya terlupa 'ujian itu lebih indah'

Bila begini

Saya cuma berharap malam itu panjang

Tidur itu lena

Supaya saya mampu tersenyum pada esok hari

Siapa saya untuk menentukannya?

Perlahan-lahan, saya harus akur

Dia sayangkan saya, kerana itu diberiNya cabaran untuk berfikir

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Saya hafal ayat ini...supaya saya tidak jatuh tersungkur saat saya harus berdiri teguh

Mungkin juga saya perlukan nasihat

Cuma saya tidak tahu bagaimana mahu meminta

Dan dari siapa harus saya tagih
Nasihat itu adalah saudara kepada masalah. Ia adalah kata yang sangat besar, dan semakin besar masalah, maka makin besarlah nasihat itu. Jangan memberi nasihat kepada mereka yang tidak meminta. Ia ibarat meletakkan 'gunung' ke bahu mereka yang belum bersedia.
***Entri ini kelihatannya tidak 'berilmiah' buat saya dan kamu semua. Maafkan saya.

3 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Sudah lama rasanya kita tidak bersembang panjang,berkongsi kisah kehidupan masing2.aku doakan semoga kau tabah dalam menyelusuri kehidupan sebagai hamba Allah di muka bumi ini..

    Salam rindu dari sahabatmu yang jauh di mata dekat di hati :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam w.b.r.t.

      Aku juga merindui waktu-waktu seperti itu.Sangat....

      Semoga kau lebih bersemangat dalam menjalani kehidupan ini. Doaku sentiasa ada buatmu.

      Rindu kamu sentiasa.

      Delete
  2. kata-kata yg boleh membuatkan saya bermuhasabah ttg diri sy juga..entri yg kelihatan tdk berilmiah kdg2 bole mmbawa kebaikan kpd org lain..

    ReplyDelete