Setiap bulan, bahkan boleh dikatakan setiap minggu, saya
akan membuat catatan berkenaan perbelanjaan bulanan. Kemaskini dari semasa ke
semasa. Dengan harapan, akan ada baki untuk dimanfaatkan ke ruang yang
memerlukan.
Adakalanya, buntu. Semakin ‘dirasakan’ berjimat, semakin
sesak nafas.
Akhirnya, saya mula menganalisa...rupa-rupanya ada kehendak
yang mengatasi keperluan.
Alhamdulillah, Allah mendidik saya melalui bajet bulanan.
Kenapa?
“Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap harta &
dirimu. Dan [juga] kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang
diberi kitab sebelum kamu dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan
yang banyak menyakitkan hati. Jika kamu bersabar & bertakwa, maka
sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan.”
Ali-Imran
: 186
Saya sedar, dalam mencapai tujuan hidup yang sebenar
[redha Allah], ada kehendak diri yang telah membatasi keperluan saya yang
sebenar.
Saya mahukan tubuh yang sihat, harta yang melimpah,
keluarga yang bahagia dan segala-galanya berjalan lancar seperti yang dirancang.
Tapi Allah lebih tahu...hakikatnya saya diuji dengan
kesakitan, keterbatasan kudrat, dan semua yang memeritkan.
Belajar...
Keperluan – Kehendak = Tujuan
Dengan mengabaikan kehendak, Insya Allah tujuan akan
tercapai.
Sebagai seorang manusia, dalam memenuhi keperluan
[ibadah].
Sebagai seorang hamba, dalam mencapai tujuan kehidupan
[mardhatillah].
“Ya Allah, aku berlindung daripada kesusahan &
kesedihan, daripada sifat pengecut & bakhil, daripada bebanan hutang &
kekuasaan manusia.”
Manusia mentadbir – Allah mentakdir
No comments:
Post a Comment