Wednesday, May 6, 2009

Kehadiran Yang Dirasai

Menarilah dan terus tertawa,

Walau dunia tak seindah surga,

Bersyukurlah pada Yang Kuasa,

Cinta kita di dunia..

Tergamam seketika pabila memandang blog ini. Perasaan bercampur-baur. Kaku. Kehadiran ruangan ini mula disedari oleh ramai teman dan taulan. Terima kasih kepada semua kerana sudi menatap blog ini walau seketika. Jutaan kemaafan saya pohon andai intipati di sini tidak memenuhi citarasa kalian.

Hari ini hari separuh kebebasan buat saya. Peperiksaan akhir telah tamat. Tinggal presentation yang akan berlangsung pada esok hari. Doakan saya..saya tidak berapa arif soal ini kerana saya lebih suka berada di belakang tabir yang lebih banyak kerja daripada bercakap.

Suasana Unisel sudah mula berubah wajah. Tiada lagi hiruk-pikuk bunyi kenderaan, tiada lagi pasangan-pasangan yang melepak di tepi PKP, dan tiada lagi laungan-laungan suara dari atas ke bawah dan sebaliknya di residen. Segalanya bertukar.

Pagi tadi, saya menelefon yang tercinta..memohon restu agar dipermudahkan jalan dan urusan oleh Yang Kuasa untuk kertas terakhir ini. Suaranya memang selalu ceria. Tidak pernah ada gusar.Tengah menggoreng jemput-jemput katanya. Tiba-tiba dada saya sebak..menahan tangis. Saya kagum akan segala-galanya tentang Ma.

Petang tadi, saya menerima mesej dari Nanthini, rakan sekelas saya. Ajakan untuk keluar makan malam bersama 3 teman yang lain. Pelik! Serius..mereka berempat adalah orang yang sangat kuat belajar. Tiada masa untuk berlibur. Saya menerima pelawaan tersebut dengan tangan terbuka. Demi kawan..
Kami berlima menyedari akan hakikat bahawa kami masing-masing tiada masa bersama. Tiada makan beramai-ramai kecuali pada sambutan ulang tahun setiap orang yang akan diadakan 2 kali setahun dalam kelas kami. Janji termeterai..kami akan cuba mencari luang waktu untuk makan bersama sekerap yang mungkin. InsyaAllah..ada hikmah rupanya kenapa kami masih di sini.
Saya mendapat perkhabaran yang kurang enak dari mereka selaku jawatankuasa persatuan fakulti (saya tidak dilantik menjadi jawatankuasa kerana kekangan sebagai 'Orang Besar' pada penggal yang lalu) bahawa kami harus berada di Unisel seawal 18hb bagi menguruskan persatuan. Sedih. Hampa. Bagaimana janji saya dengan Ma? Hmm..biarlah tanpa jawapan. Saya akan cuba berdiplomasi dengan beliau pabila pulang nanti. Janji untuk menghabiskan waktu cuti semester bersamanya mungkin lebur. Maafkan anakmu ini..
Terkenang kepada kata-kata Imam al-Ghazali, bahawa “Lelaki diciptakan Allah 9 rasional 1 emosi dan perempuan diciptakan Allah 1 rasional 9 emosi”.
Ya, kekuatan wanita itu adalah pada emosinya. Tinggi EQ!

Selamat Bercuti Buat Semua Mahasiswa Unisel. Kita datang dengan harapan..pulang dengan kejayaan..InsyaAllah.

2 comments:

  1. brilliant
    kind of miss that rite?

    ReplyDelete
  2. haha..ya lah..
    thanks 4 understand my feeling.
    i really appreciate it my dear.

    ReplyDelete