Monday, June 15, 2009

Sabarlah Sayang..

Kejadian tak terduga terjadi lebih kurang jam 10 malam hari Jumaat lalu. Saya keseorangan di rumah. Sedang asyik menatap lembaran assignment, tiba-tiba hidung saya terbau sesuatu yang hangit dan terbakar..Rumah atas kot..


Tak dipeduli lagi..Berminit-minit kemudian, bau itu makin menyengat..disertai dengan bunyi. Saya makin pelik. Gerak hati supaya memandang ke atas saya turutkan. Api! Di lampu bilik..Lailahaillallah!!!ucap saya dalam hati..


Suis lampu lantas ditutup, Kipas, dan suis letrik. Tangan terketar-ketar mencari nama Farae di telefon. Tidak berangkat. Sibuk barangkali..Terduduk di kerusi depan tanpa suara..Selepas berbual seketika dengan Sedari, hati saya sedikit lega.InsyaAllah, segalanya kembali pulih.


Pelbagai jenis makanan dibawa pulang oleh untuk saya. Antara langkah mengawal kejutan yang kami alami kot..Betul tak Sedari? Hahaha.. Seperti biasa, bila bersamanya saya akan jadi gila-gila. Terlupa seketika akan apa yang terjadi. Kami cuba ON kan segala suis yang ada di bilik secara berperingkat-peringkat. Menjadi ahli sains seketika. Hangit!


Jadi, jalan penyelesaian pada malam itu adalah menumpang di bilik sebelah. Tima kasih orang sebelah..Malam selepasnya sehingga malam tadi, kami berdua tidur di ruang tamu rumah. Sabar jelah. Saya di kerusi ini..Sedari di kerusi itu. Sakitnya belakang hanya Tuhan Yang Tahu..


Pagi tadi, saya menjengukkan diri di Ofis Jana Niaga. Masuk kali ni, dah tiga kali ada laporan dari rumah kami. Langsir koyak..Toilet bocor..dan sekarang lampu terbakar.


"26 haribulan je mantainance free, dik " ucap seorang staf di situ. Mak ai, ada lagi 2 minggu. Maknanya 2 minggu kami bakal terbongkang di kerusi depan. Nungka!


"Awalkan sikit tak boleh ke kak? Kalau lambat hantar langsir dan baiki toilet takpe lagi. Tapi, bila dah tak dapat tidur kat bilik sendiri..susah tu.." cuba berdiplomasi walau hati sudah bergelodak..


Selepas sesi pujuk-memujuk, rayu-merayu (bukan cara saya sebenarnya!), akhirnya dapatlah jawapan "Hari Khamis nanti, 18 haribulan". Lagi 3 hari..'Sedari, 3 hari lagi kita tidur kat luar' laung hati saya. Kalau datang..kalau tak datang, maknanya sampai hujung semester la kami tersadai kat luar.


Entahlah..perasaan sekarang sukar diungkapkan. Ruang tamu menjadi tempat kami makan, tidur, menelaah, gosok baju, dan segalanya. Di saat ini, mata memandang sepi bilik itu. Dugaan datang. Mungkin kami antara yang bertuah kerana diuji dengan keadaan ini dan kerenah staf JNSB. 'Bila lagi, sedari kan? Tak lama lagi dah nak grad..' pujuk hati sendiri dan hati sedari..


Saya menelefon Ma..bercerita itu dan ini. Meluahkan perasaan sebenarnya..Ma memang suka saya tinggal di residen walaupun beliau sendiri belum pernah melihat residen ini yang sungguh lengkap dan sempurna.


Ucap Ma.. "Sabarlah Sayang.."

No comments:

Post a Comment