Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, fact, habits, or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it’s because I want to know more about you
Saya ditag oleh Sedari. Apa ya fakta-fakta tentang saya? Jom semak!
- Anak kepada Wan Ismail bin Wan Ibrahim & Rahmah binti Hassan
- Diberi nama Wan Ritini Binti Wan Ismail oleh ayahanda tercinta. Nama ini dipilih setelah ayah bermusyawwarah dengan saudara mara yang lain. Pada mulanya, ayah mahu meletakkan nama Ritina, berdasarkan nama seorang doktor yang berjaya pada waktu itu, tetapi dilarang oleh yang lain atas sebab-sebab tertentu. Sebab nak berkat ‘doktor’ , ayah meletakkan nama R.I.T.I.N.I
- Dilahirkan pada 11 Februari 1985 bersamaan 20 Jamadil Awal 1405 H pada jam 1.10 petang di hari Isnin
- Merupakan anak ke 4 daripada 6 orang adik beradik. 2 perempuan & 4 lelaki. Sudah mempunyai seorang abang ipar dan seorang kakak ipar. Mempunyai 4 orang anak buah: 1 putera & 3 puteri.
- Darjah 1-6 di Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Laut, Tingkatan 1-5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Laut, Tingkatan 6 di Maktab Sultan Ismail (SIC). Melanjutkan pelajaran di Universiti Industri Selangor dalam bidang Sains Matematik dengan Statistik. Alhamdulillah, selesai dengan jayanya…
- Kawan pertama saya sewaktu dalam darjah 1 adalah lelaki, namanya Khairil. Tetapi, kawan pertama saya sewaktu di universiti adalah perempuan, namanya Dura.
- Sewaktu kecil, bercita-cita untuk menjadi seorang guru kerana berbangga melihat kehebatan cikgu-cikgu di sekolah. Kemudian, cita-cita bertukar kepada seorang peguam kerana kata ibu, saya memang seorang pakar bahasa, tapi ditangkas oleh ayah kerana dia tidak mahu melihat saya menjadi peguam. Banyak jugalah cita-cita saya, tapi sekarang menjadi pembantu penyelidik. Dalam proses untuk meningkatkan cita-cita diri kepada suatu tahap yang boleh membanggakan ibu.
- Kehilangan ayah tanggal 5 Julai 2006 bersamaan 6 Jamadil Akhir 1427H, 3 minggu sebelum saya mendaftarkan diri di UNISEL. Ramai yang mengatakan saya kuat kerana tidak pernah menangis pabila diminta bercerita mengenai arwah, tetapi rahsia hati kan tak siapa yang tahu.
- Hobi utama adalah membaca dan mengukur jalan. Saya membaca semua genre buku tetapi sekarang sudah tidak membaca novel cinta (sebab lebih kurang sahaja kisahnya & tidak mencabar kreativiti minda). Bab mengukur jalan pula, semakin menjadi-jadi sekarang. Sebutlah jalan apa, ke mana, insyaAllah saya akan pergi. Tapi bukan untuk membeli-belah kerana itu bukan hobi saya. Hobi terbaru pula adalah bidang fotografi.
- Pernah mengalami kemalangan motosikal sebanyak 3 kali, tapi kemalangan kali pertama adalah yang terburuk. Habis runtuh pagar rumah jiran. Saya dan abang mengalami kecederaan yang teruk. Saat itu, baru menyesal kerana tak mendengar kata ibu yang melarang keras saya daripada belajar memandu motosikal. Tersedar, perlu sentiasa mendengar kata ibu.
- Cukup cuak dan geli dengan lipas. Tidak tahu mengapa. Saya boleh tersedar tengah-tengah malam dan mengejutkan sesiapa sahaja kalau ada makhluk Tuhan itu di sekitar saya. Lucu tapi takottt!
- Saya bukanlah pengingat nama orang. Sangat mengambil masa untuk menghafal sesuatu nama. Tapi, saya senang ingat sebarang kata-kata hikmah atau kata-kata dari para pembesar, pujangga, ilmuwan, dan sesiapa sahaja. Asalkan kata-kata itu melekat di hati saya, insyaAllah saya ingat ayat itu sampai bila-bila.
- Seorang yang keras hati & bersemangat tinggi. Jarang menangis walaupun hati sering terguris. Kalau nangis tu, maksudnya dah tak tahan sangat la tahan perasaan.
- Handphone Samsung merupakan gadget pertama saya hasil daripada gaji kerja part-time satu ketika dahulu. Sudah 5 tahun usianya. Semakin uzur. Mungkin ‘beliau’ mengharapkan saya akan menggantikannya dengan yang lain, tetapi biarlah dahulu. Ekonomi rumah tangga belum stabil. Cewah!
- Saya merupakan peminat Pooh. Sungguh comel makhluk itu walaupun hanya memakai t-shirt merah semata-mata.
- Saudara-mara, orang-orang kampung, cikgu-cikgu mengatakan saya fotostat ayah. Saya sangat berbangga kerana ayah adalah idola saya. Sejak kecil hingga sekarang.
- Sewaktu keputusan SPM keluar, kakak saya suruh saya memohon kursus bakery kerana saya berbakat dalam bidang itu katanya. Tapi, kerana keras kepala saya, saya abaikan. Cukuplah bakat bakery itu di rumah.
- Saya sangat meminati bidang penulisan. Tapi saya juga suka mengira. Dan kerana itulah saya cuba penuhi hasrat ibu untuk menjadi ‘orang Matematik’. Sekarang, saya berusaha untuk penuhi impian sendiri sebagai seorang ‘penulis’.
- Ayah memanggil saya ‘Ni’. Ibu, Kakak, Abang-abang memanggil saya ‘Tini’. Adik-adik pula memanggil ‘Kak Ni’. Anak-anak buah memanggil ‘Cik Ni’. Saudara-mara antaranya ‘Tini’, ‘Cik Tini’. Teman-teman sekolah ‘Tini’. Kawan-kawan kampus ‘Wan’. Ada juga yang memanggil Wan Ritini.
- Sangat berminat dengan kerja-kerja sukarela & mengembara. Tapi, setakat ini hanya sekali sahaja merantau ke Bumi Aceh. Selepas ekspedisi itu, kertas kerja asyik ‘ditendang’ aje oleh ibu. Sedih sungguh. Moga hati ibu cair untuk tahun-tahun akan datang.
- Memiliki berpuluh-puluh buah buku. Sudah membaca hampir ¾ daripadanya. Sudah puas dibebel ibu, tapi saya tetap minat dengan buku. Sekarang, ibu tidak mengomel lagi. Kerana dia tahu, saya & ayah ada minat & kesungguhan yang sama.
- Sangat alergik dengan orang yang gedik mengada-ngada & yang sama waktu dengannya. Waktu itu, saya mesti gatal-gatal nak ‘sekolahkan’ orang tersebut. Sabor3
- Akan berjalan seperti robot tertanggal skru apabila ada lelaki berjalan di belakang.Namun, saya mempunyai kawan lelaki lebih ramai daripada kawan perempuan. (tak tahu kenapa!)
- Dulu berazam untuk kahwin waktu usia menginjak ke 23 tahun, tapi harapan…haha. Sekarang, sudah tidak ada azam untuk kahwin bila, Cuma sentiasa berdoa semoga Allah percepatkan jodoh dengan orang yang telah Dia jodohkan di sana. Ameen.
- Impian saya hanya satu, iaitu membahagiakan ibu.
Rasanya banyak lagi fakta tentang diri saya. Tapi cukuplah ya setakat 25 ni. Nanti jadi biografi pula. Haha
No comments:
Post a Comment