Abang saya sudah selamat menikah pada 22 Mac 2011 dan kenduri menyambut menantu diadakan pada 25 Mac 2011. Adat kenduri, biasalah...penatnya melampau-lampau. Alhamdulillah, kenduri berjalan lancar. Cukup respect dengan kakak, abang-abang, dan adik saya yang berusaha memberikan 'persembahan' yang terbaik bagi membantu ibu.
Adik-beradik saya sekarang sudah ada Trio. Trio berkahwin, dan Trio yang bujang. Jadi, saya dan adik-adik perlu berusaha untuk buang istilah Trio itu dalam geng kami. Haha
Seperti biasa, bila namanya kenduri, ia merupakan tempat berjumpa & bersilaturrahim dengan semua orang. Jadi, mahu tidak mahu, saya tidak boleh mengelak daripada soalan ini:
Saya cuba positif dalam soal ini. Bagi saya, mereka yang bertanya itu tidak ada salahnya. Mereka hanya mendoakan untuk kebahagiaan saya dalam memenuhi sunnah Rasulullah s.a.w. yang satu itu. Seperti dulu, saya tidak menolak sesiapa untuk hadir dalam hidup ini, cuma mungkin Allah tangguhkan dulu pertemuan saya dengan bakal suami saya itu.
Terima kasih juga buat Kak Irnida Salwani binti Ibrahim yang sudi menerima abang saya, Wan Mohd Fahmi bin Wan Ismail seadanya. Moga mahligai yang dibina dalam rahmat dan redha Allah. Bertambah seorang lagi menantu perempuan Nek Ma.
Usik ibuku "Menantu perempuan dah bertambah, bila pulak la Ma nak dapat menantu lelaki?"
Huk3.....terbatuk-batuk sambil tersengih-sengih.
Saya tidak berani untuk komen lebih-lebih tentang hal ini. Biarlah segalanya dalam ketentuanNya.
Oh, status di atas memang menarik perhatian ramai. Saya agak terguris hati dengan seseorang. Biarlah, barang yang lepas jangan dikenang. Saya sudah memaafkan dia. Sudah lama.
[hati mesti kuat supaya jiwa lebih mantap]
No comments:
Post a Comment