Thursday, April 7, 2011

Apabila Media Dilucahkan


Persetankan fahaman politik untuk seketika. Ada yang lebih penting dan lebih kritikal untuk dibicarakan. Soal moral, soal akhlak, soal aib.

Saya jadi muak untuk menonton berita di televisyen. Jika dahulu, cikgu-cikgu selalu pesan supaya menonton berita untuk mengetahui tentang perkembangan isu semasa dalam dan luar negara, sukan, dan sebagainya supaya senang buat karangan. Saya akur, kerana media itulah satu-satunya cara untuk dimanfaatkan berita dan sumber informasi yang penting. (Walaupun adakalanya muak dengan sentimen politik tak berasas)

Sekarang, saya berpesan kepada kakak dan abang-abang saya supaya tidak membenarkan anak-anak mereka menonton berita. [Maksud saya, berita ‘lucah’ itu.]

Saya mula tidak suka menonton berita sejak terbitnya rancangan Sayang Sarawak-TV3. Penat sungguh tengok adegan mengampu kerajaan, membodek rakyat. Aduhai....Di rumah, saya cuma menonton berita sukan dan luar negara. Yakni, yang tidak mempunyai unsur-unsur kepartian / lucah.

Saya bukanlah pembangkang kerajaan, apatah lagi penyokong pembangkang. Saya cuma penat dengan media dan orang-orang yang ditemuramah yang seolah-olah berlagak sebagai sang penghukum.

Apabila jenayah dilindungi, penjenayah diibaratkan sebagai whistleblower sementara mangsa politik seks cuba dilambangkan sebagai penjenayah yang harus disiasat melalui penubuhan Suruhanjaya Diraja, peradaban bumi Malaysia kini dicorakkan oleh ciri-ciri kegilaan ekoran tindakan pemimpin politik yang sanggup melakukan sebarang politik kotor agar dipanjangkan usia rejim pemerintah.

Bukankah membuka aib seseorang itu suatu perkara yang dilarang dalam agama? Tak sekolah gamaknya mike-mike ni.Haish….
Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya:...6:123
Andainya benar Malaysia ini adalah sebuah negara Islam, kenapa rendah sangat tahap moralnya? Adakah isu video lucah sangat mustahak mengatasi kepentingan rakyat yang lain? Jadi, jangan ditanya dan usah dikeluh kenapa lahirnya anak-anak luar nikah kerana kerajaan dan media sendiri yang mendidik rakyat ke arah itu. Nauzubillahi min zalik!

Dalam ketegangan isu ini, saya hampir tergelak apabila mereka meminta untuk diwujudkan Suruhanjaya Diraja (RCI). Tahukah mereka yang Suruhanjaya diRaja biasanya ditubuhkan apabila melibatkan insiden yang membawa kepada keraguan seluruh rakyat Malaysia seperti kematian yang membawa kepada nama buruk negara. Saya yang cuma faham nombor-nombor ini pun tahu juga bab Bahasa Undang-undang. Alhamdulillah, tidak dibutakan mata & dipekakkan telinga.

Tidakkah kalian pelik kenapa kes Altantuya tidak diselesaikan mengikut RCI? Bagaimana pula dengan kes PKFZ? Lawak betullah.

"Hentikan, hentikan... buat apa nak cakap benda aib orang lain ini. Buktikan di mahkamah kalau nak cakap, biar mahkamah tentukan.Tapi ia belum pasti boleh buktikan kerana orang yang buat pertuduhan kena bawa empat orang saksi kalau tidak dia boleh dikenakan hukuman qazaf iaitu sebat 80 kali, benda ini tidak jelas... saya dah tengok akhbar hari ini, gambar lelaki dalam video itu tidak jelas dan tiada siapa yang boleh buktikan ia adalah Anwar,” kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Cakap ulama’ pun mike-mike tak nak dengar. Awok tak tahulah…

Baca lagi di:
Ingatlah, hidup tidak semestinya 1+1=2. Bak kata orang Kedah "Tuhan tak buat naya kat kita aih..."

2 comments:

  1. salam singgah tinggal jejak...
    terpanggil nak komen entri awk kali ni...
    satu entri yang bagus dan saya 100% setuju...
    menyampah bila isu tu aje yang diperbesar padahal byk lagi isu lain yang patut diketengahkan...

    mike? demer? orang kedah?
    *berfikir*

    ReplyDelete
  2. wsalam...jejaklah dengan mata hati untuk kita sama2 terus berfikir.

    tahu takpe, penat sangat tengok media yang dilucahkan tu. mungkin kalau ramai-ramai buat entri menyampah kat blog, dorg bleh 'take action' sket kot utk berubah.

    'mereka' sebenarnya telah membunuh nilai moral yang kita ada.

    *saja je sebab senang paham. penangan Usop Wilcha kot* haha

    ReplyDelete