Saturday, April 16, 2011

Selepas 20 Stesen

Saya telah berjanji dengan Buya Su untuk menulis sebuah puisi menceritakan pengalaman saya sewaktu hendak ke mesyuarat di Kolej Darul Hikmah, Kajang. Pengalaman itu sebenarnya memang memeritkan kerana tujuan asal untuk bermesyuarat tidak kesampaian. Banyak cerita di sebalik perjalanan melalui 20 stesen komuter itu, tapi biarlah semuanya tercatat dalam diari kehidupan.

Saya jarang menulis puisi, mungkin kerana bakat dalam genre tersebut masih suam-suam kuku dan belum digilap dengan bersungguh-sungguh lagi. Sudah, saya tidak mahu menerawang ke hal lain lagi. Bacalah puisi ini. Saya berharap ada di kalangan sahabat yang sudi memberikan komen supaya saya dapat memperbaiki puisi-puisi lain di masa hadapan.

********************************
Selepas 20 Stesen

Andai kau bertanya tentang hari itu
Aku pasti gagal memberikan jawapan yang tulus
Kerna aku kecewa dengan diri ini
Andai kau tahu apa yang aku rasa
Pasti kau sedari akan hati yang ada lompang
Ada garis luka dan duka.

Ya, waktu yang terbuang itu tidak mampu diulang
Namun aku percaya ada teguran dari Nya
Supaya aku tahu syukur itu apa
Supaya aku faham tanda redha selepas usaha
Supaya aku lebih menghargai masa
Antara aku, kau, dan mereka
Andai 20 stesen itu adalah subjek ajaran Nya
Aku terima dengan berlapang dada.

Untuk kesekian kali aku hulur kata maaf
Lantaran mengecewakan kalian
Bila kau tanya tentang hari itu
Aku tidak mampu untuk berkata-kata
Lantas kubiar kalam berbicara, pena menari.

*****************************

Ada beberapa perkara yang saya lihat, perhati, dan ambil iktibar berdasarkan pengalaman itu. Antaranya:
  • Walaupun pink coach adalah dikhaskan untuk wanita sahaja, tetapi lelaki yang 'berhati waja' yang sanggup berkorban apa sahaja demi buah hati turut masuk ke coach ini. Jaga buah hati katakan...dush3
  • Saya jadi penonton drama Filipina. Sepasang kekasih: tomboy & wanita dalam komuter. Bermesra-mesraan seolah-olah dunia ini mereka yang punya.
  • Seorang wanita cepat-cepat mengeluarkan Al Quran dan membacanya di hadapan pasangan tomboy-wanita itu. Dugaan...dugaan.
  • Saya adalah salah seorang manusia yang jarang baca arahan. Jadi, sebarang papan tanda atau penunjuk arah cuma dipandang sepi oleh sepasang mata ini. (Sesat)
  • Mahu tahu lagi? Jumpalah...penat menaip dah. haha
Saya meluahkan perasaan pada kakak. Kalian tahu apa responnya?

"Menikahlah, kamu pasti berteman ke mana sahaja. Yang sama macam kamu. Aktivis."

Saya senyum dalam talian.

6 comments:

  1. kah3...apa yang ko loike?
    puisi atau entri?
    sila komen beb....

    ReplyDelete
  2. at 1st i loike the puisi..(i always love poem indeed ;)) cuma yang menjadi tanda tanya ialah apakah "hari itu" ? dan i guess puisi itu mcm xde sangkut paut je dgn the next paragraph(in bullet)..hurm..? terdapat anti-climax pada entri kamu :| .. btw,i loike the last statement in bracket..eheh ;>

    ReplyDelete
  3. lor...
    gini, aku nk ke Bangi utk meeting. tp sebab kelambatan (train ditunda waktu), meeting xjadi. orang y sepatutnya meeting denganku plak xbleh tggu lagi sbb makcik beliau sakit.

    jadi, aku nukilkan puisi ini.

    Last paragraph, apa yang aku dapat sepanjang pjalanan 20 stesen pergi balik tu.

    & jugak pesanan kakak aku bila aku cite pasal ni. ada paham ka?

    ReplyDelete
  4. ow,gitu ke..lainkali cakap bia terangg. haha. ekceli puisi ko ada double meaning. boleh jadi direct pada current situation yg ko sdg alami masa tu,dan boleh jd jugak past situation yg ko pernah alami which is cannot get rid out of ur mind..aku harap ko xmtk aku explain ape situation ko yg membuatkan aku relatekan dgn puisi ni ~ehe ..maka disebabkan current situation ko xsampai kat aku, aku pilih situation yg kedua la....ngerti kamu? :D hehe..

    ReplyDelete
  5. urppp...paham bos!
    puisi ni sekadar luahan rasa, aku x expect pn ada orang teringin nak baca kat blog neh. haha
    ko memang best. trimas. there's nothing that cannot get rid out of my mind. everything is clear.
    insyaAllah, tiada rahsia. ecece

    ReplyDelete