Monday, May 30, 2011

Patah hati!

Cerita di suatu hari ini benar-benar mengusik relung hatiku. Hingga sekarang, bila ku kenang kembali cerita itu, air mata ini jatuh dengan laju. Sungguh, aku tak tipu!

Kisahnya begini…

Seorang teman mengajakku berbual-bual. Satu demi satu topik disentuhnya. Tiba ke satu topik yang agak dekat dengan hidupku, iaitu jodoh.

Dia : Kamu tinggal dengan siapa di rumah sewa tu?

Aku : Dengan kawan-kawan. Kami bertiga dalam satu rumah. Salah seorang dari mereka adalah lecturer saya dulu.

Dia : Owh….berapa umur diorang?

Dengan jujurnya aku menjawab….

Aku : Ketua rumah umurnya **, yang seorang lagi **.

Dia : (Dengan muka terkejut). Dua-dua tu belum kahwin lagi?

Aku : Belum…

Dia : Kamu tak takut ke nanti berjangkit ngan mereka berdua tu?

Aku mengerutkan dahi…tanda kurang faham akan maksud soalannya.

Aku : Maksud kamu?

Dia : Yelah, umur-umur macam tu sepatutnya dah kawin, dah ada anak berderet. Tapi tak kawin-kawin lagi. Mana la tau, bila kamu serumah dengan mereka tu, nanti berjangkit pulak. Tak kawin la kamu sampai ke tua.

Dush! Ada batu besar menghempap dadaku. Sakit! Mukaku merah padam. Aku menggetap bibir. Rasa mahu menampar orang ini hidup-hidup. Ya Allah, campakkanlah sedikit kesabaran dalam hatiku ini……

Aku memandangnya.

Sepi.

Ternyata, dia sedikit pun tidak merasakan yang kata-katanya sebentar tadi telah mengguris rasaku. Terus-terang, ayat-ayatnya tadi ‘agak kurang ajar’.

Aku : Oh, berjangkit…tak tahu pula soal jodoh ni boleh berjangkit. Jodoh pertemuan itu kan urusanNya? Kenapa perlu kaitkan dengan orang lain? Tidak kah namanya syirik bila kita mempercayai benda lain selain daripada Qada’ dan QadarNya?

Dia : Yelah, tapi sekurang-kurangnya kita cuba jauhkan diri daripada bergaul dengan orang yang sudah berumur tapi belum berkahwin.

Oh, sungguh….dia sudah keterlaluan!

Aku : Allah tak pernah sisihkan hamba-hambaNya, walau siapa pun orang tu. Kita yang banyak buat dosa ni senang-senang nak pulaukan orang ya? Dengar sini, dengan siapa pun saya berkawan, itu bukan urusan awak. Saya berikhtiar, tapi untuk menyisihkan orang bukanlah salah satu ikhtiar saya. Untuk pengetahuan kamu, rumah tu dah hampir 20 kali bertukar orang sebab orang yang keluar adalah orang yang nak kawin. Bodohlah kita kalau asyik nak percaya benda yang mengarut, yang boleh menyesakkan otak. Come on lah, nobody’s perfect. Tapi jangan sampai perlekehkan orang dengan benda yang langsung tak masuk akal.

Selesai tazkirahku itu, aku bangun dan berlalu dari situ. Aku risau, kiranya aku terus diam di situ aku akan membahamnya hidup-hidup seperti singa yang kelaparan.

Aku sudah tidak mahu komen lagi kisah ini. Kalian fikirlah sendiri. Aku terlalu penat, penat mengalirkan air mata bila orang-orang di sekelilingku turut sama terlibat dalam cerita hidupku.

Aku percaya, di sebalik setiap kesulitan pasti ada kemudahan. Setiap kesulitan pasti ada kemudahan. Itu firmanNya! Itu janjiNya!

2 comments:

  1. walaupun badannya besar, umurnya besar, tapi akalnya kecil...maafkan dia, inshaAllah percayalah satu hari, pasti dia kesali dan mengerti tentang semua ini....
    wahai adikku si bintang timur, hiduplah dengan cara yang paling baik,inshaAllah beroleh jodoh yg baik juga...Allah tidak pernah berlaku kejam dengan hambaNYA...:-)

    ReplyDelete
  2. sudah memaafkan dia, tetapi masih belajar untuk melupakan kata-katanya.

    terima kasih kakak, semoga kita beroleh kehidupan yang baik. Jodoh pertemuan di tanganNya, sudah tertulis.

    yang penting, usaha. itu tanda kasihNya.

    ReplyDelete