Jumaat malam itu, kepalaku (bahagian kiri) terasa sakit. Sakitnya seperti buku lali terkena bucu meja. Bermula jam 9 malam hingga ke pagi esoknya. Seolah-olah membengkak. Tidak ku tahu mengapa. Aku cuba melelapkan mata dan meminta teman serumahku mengurut di bahagian yang sakit itu.
Waktu itu juga, aku sudah siap mendaftar untuk mengikuti program Sukarelawan Bicara (SUARA). Mahu saja aku batalkan hasratku untuk ke program tersebut.Namun, Allah s.w.t telah mengilhamkan seorang hambaNya untuk menghantar SMS padaku.
Bertanyakan kehadiranku ke SUARA.
Aku jarang mengatakan tidak pada setiap soalannya kerana aku tahu, beliau mahukan yang baik-baik saja untuk adik-adiknya. Jadi, aku terus menaip:
"InsyaAllah."
Lantas bergegas mempersiapkan diri. Sakit kepalaku ini kuabaikan. Dari Shah Alam ke Gombak memang menguji kesabaranku yang menaiki kenderaan awam ini. Setengah jam KTM 'terlambat'. Aku menunggu sambil tertidur. Kadang-kadang membalas mesej Cok Jihan. Kui3
Aku tiba lewat di SUARA.
Jam 9.15 pagi.

Puan Ainon Mohd. sedang menyampaikan pengisian beliau. Aku terus meluru dan duduk di kerusi yang kosong. Sebelahku Balqis.
Rasa bersalah kerana terlambat.
Beliau meminta kami membaca hadith ke 271, Sahih Muslim. Penerangannya seolah-olah memberikan pencerahan buat kami semua tentang cara menghadam hadith. Tentang orang kecil yang membuat 2 kesalahan & 1 kebaikan. Tentang Rasulullah s.a.w. yang hanya reward apa yang betul, diamkan yang salah. Kaedah social reward yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. adalah 'memuji didahulukan daripada berdoa'.
Ilmu berSUARA yang kami belajar daripada Puan Ainon adalah:
Paling menarik, kami juga belajar 'tajwid Bahasa Melayu' / phonetics. Lagu 'Lodeh Mak Lodeh: Anita Sarawak' & 'Malam Bulan Di pagar Bintang: P.Ramlee' menjadi contoh dan rujukan bagi bab ini.Rasa bersalah kerana terlambat.
Beliau meminta kami membaca hadith ke 271, Sahih Muslim. Penerangannya seolah-olah memberikan pencerahan buat kami semua tentang cara menghadam hadith. Tentang orang kecil yang membuat 2 kesalahan & 1 kebaikan. Tentang Rasulullah s.a.w. yang hanya reward apa yang betul, diamkan yang salah. Kaedah social reward yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. adalah 'memuji didahulukan daripada berdoa'.
Ilmu berSUARA yang kami belajar daripada Puan Ainon adalah:
- ketua sebagai pendorong anak buah
- dorong dengan perbuatan yang semua orang boleh buat
- dorong orang kecil
- benda yang dipuji adalah benda yang boleh diusahakan sendiri oleh orang lain
- cara pujian disampaikan: reward
Slot kedua, selepas solat Zuhur adalah bersama Saudara Jufitri Joha (Abg Ju). Slot ini juga memang menarik. Banyak contoh berdasarkan pengalaman beliau.
Ada 4 elemen penting apabila menyampaikan ceramah / bercakap di hadapan khalayak iaitu:
- diri sendiri
- audien
- isi
- persekitaran
Program SUARA tamat pada jam 4.15 petang. Aku pulang ke Shah Alam bertemankan Cok Jihan. Kecoh sungguh perjalananku dengan cerita-ceritanya. Terima kasih buat Balqis (Pengarah Program), Epah, Jihan, Wani, Hakim, Shazni (tolong hantar ke stesen LRT), dan semua yang terlibat dalam program ini. Seperti kata Pn. Ainon, kita mesti meraikan semua orang. Hehe
Kamu mahu tahu sesuatu? Urppp.....
Kamu mahu tahu sesuatu? Urppp.....
Sumber foto: GPTD
Alhamdulillah.
ReplyDeleteDalam kesusahan itu, ada kesenangan.
p/s: Urpppp itu utk apa? La afham.
Alhamdulillah...mau cari buraq 1.
ReplyDeleteUrppp itu utk 'rasa bahagia dalam hati.' moga kamu lekas mengerti. wa3
wahai adikku si bintang timur, kakakmu yang comel sudah tahu....wiwiwiwiwiwi...
ReplyDeletessshhh zip mulut...:-)
gulppp!
ReplyDeletekakak khay ke'ai, diam2 ya. ku tahu, kamu penyimpan rahsia yang baik. hehe
malam bulan di pagar bintang...