Sunday, July 31, 2011

Ditelan mati emak, diluah.....


Pagi Isnin lalu, Ketua Program BSc (Hons) Mathematics with Statistics menelefonku. Mengkhabarkan tarikh konvokesyen kami.

15-17 Oktober 2011.

Hampir setahun kami menamatkan pengajian di kampus. Jujur, aku sudah kehilangan 'rasa' untuk berkonvo. Pernah aku luahkan rasa hati ini pada teman serumahku, namun mereka mahu aku hadir di majlis konvokesyen itu.

Oh hari graduasi!

Ibu adalah orang yang paling bersemangat pabila aku berjaya menamatkan pengajianku. Mungkin kerana laluanku agak sukar berbanding adik-beradik yang lain. Mungkin juga, ibu mahu raikan aku seperti mana ayah pernah menggembirakan hatiku.

Bulan Ogos tahun lalu (2011), ibu telah membelikan sepasang baju kurung untukku. Baju konvo katanya.

Bulan Oktober tahun lalu juga (2011), ibu siap menyediakan sepasang kasut berwarna hitam buatku. Kasut untuk kupakai waktu hari itu nanti.

Ibu oh ibu....

Bagiku, hari konvokesyen hanyalah adat. Adat yang boleh diabaikan jika tidak mahu diamalkan. Jadi, hadir atau tidak, bukanlah suatu perkara yang berat sehingga boleh dijatuhkan hukuman mandatori disisihkan.

Aku juga bukanlah jenis orang yang suka majlis formal, apatah lagi berperaturan bagai. Tapi cepat-cepat kawanku menangkas "Sekali je seumur hidup."

Tapi kalau sambung belajar, ada lagi kan konvo? Huh!

Petang tadi, aku 'berdiskusi' tentang kisah konvokesyen. Rupanya, bukan aku seorang sahaja yang berada dalam dilema.

Dia mungkin lebih dahsyat tertekan daripadaku, kerana dia sudah berfikir tentang hal ini sejak masih dalam kuliah. Teruk kan? Haha

Tiada apa yang aku harus putuskan sekarang.

Tunggulah bila pihak universiti meminta kami menyemak senarai nama bergraduat.

Tunggulah juga bila ibu menelefon memberitahu ada surat dari universiti sampai.

Tunggulah bila ada 'angin' datang untukku menghadiri konvokesyen itu.


'Kenapa aku tiada hati untuk berkonvo?dush3

Kata kakak, rombongan dari Pahang dan Kelantan sudah bersiap sedia untuk menghadiri hari bahagia bersejarahku, tapi aku belum nyatakan tentang rasa hatiku yang satu itu. Bimbang ditembak bertubi-tubi kalau aku tak mampu pertahankan diri.

Psst, baca entri 'muridku' yang dalam dilema ini. .:Konvokesyen IIC vs IIUM.

No comments:

Post a Comment