Showing posts with label 1Bulan1Adab. Show all posts
Showing posts with label 1Bulan1Adab. Show all posts

Wednesday, February 16, 2011

"Cik Ni, dengar ni...Haziq nak cerita" tangannya menarik-narik lenganku

"Urmm, ceritalah" mata masih terpaku di suratkhabar

"Cik Ni nak tahu tak?" umpannya lagi

"Urmm..."

"Cikgu kata, orang yang baik adalah orang yang mendengar apabila orang lain bercakap. Pay attention" tegas.

"Ok, ok, ok...Cik Ni dengar. Cik Ni nak jadi pendengar yang baik" kalah juga akhirnya...

Dengarlah, walau hanya perkara yang remeh. Kerana itu tandanya kita menghargai mereka...

Thursday, January 13, 2011

Bila Giliran Anda?



Beratur dan tunggulah giliran anda!

Pergi dan pulang kerja menggunakan pengangkutan awam (bas) lebih banyak mendidik diri supaya tahu sabar itu apa.

Pergi kerja tiada masalah kerana tidak perlu berebut-rebut untuk menaiki bas. Setiap pagi, mesti termenung sendirian di perhentian bas kerana jarang orang hendak ke sana.

Tapi, pabila pulang kerja...berduyun-duyun menaiki bas.

Saya adalah salah seorang manusia yang gemar 'menyekolahkan' orang (menegur). Suatu hari, 3 orang lelaki dan sepasang suami isteri kekasih berebut-rebut mahu menaiki bas bernombor 9 (bas ke Shah Alam). Saya berada di barisan ke 3, di hadapan saya adalah 2 orang makcik yang umurnya sekitar akhir 40 an.

Mereka yang berebut itu menolak-nolak makcik-makcik itu dari sebelah kanan.

Tiba-tiba, angin 'menegur' saya datang.

"Hoi, sabarlah. Kan makcik tu tengah naik. Korang tak reti beratur ke?" saat itu saya merasakan muka saya bagai disimbah dengan darah. Merah padam.

Mereka terdiam. Cuak juga sebenarnya kalau-kalau mereka bertindak agresif. Saya juga bersalah kerana tidak menggunakan bahasa yang sopan.

Sudahnya, mereka adalah orang paling akhir menaiki bas setelah semua orang yang beratur naik.

Tak salah kalau bersabar kan?


Monday, July 19, 2010

1Bulan1Adab: Poket la dulu..



Surah al-Rum ayat 41: (maksudnya) Telah timbul berbagai kerosakan di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Seringkali kita lihat masyarakat lebih mengutamakan kebersihan pakaian mereka daripada kebersihan alam sekitar.

Jom, permulaan yang baik ini kita lakukan..simpan dulu sampah dalam poket sehingga kita terjumpa tong sampah. Jangan terlupa sudah la.

Nak ajar generasi masa depan menjaga kebersihan? Nah, kitalah yang patut mulakan.

p/s: terima kasih buat Ma yang ajar kami simpan sampah dalam poket / beg waktu kecil-kecil dulu. Dah jadi tabiat.

Friday, June 11, 2010

Cakap Elok-elok ya?



Hobi manusia memang suka bercakap. Dari celik mata hinggalah pejam mata. Kadang-kadang terbawa-bawa dalam mimpi dan akhirnya mengigau.

Pesan Ma "Sebelum bercakap, fikir dulu..tak semua orang boleh terima apa yang kita cakap. Mungkin ada yang faham, ada yang salah faham, dan ada yang tak faham-faham."

Benarlah kata pepatah "Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar."

Saya sangat suka mendengar sesi ceramah atau tazkirah, kerana dari situlah saya belajar berbicara dengan masyarakat. Saya bukanlah hebat dalam mengkritik, tetapi ada beberapa perkara yang perlu ditekankan apabila kita ingin bercakap.

Antaranya:
1. Dengan siapa kita bercakap?

2. Kaji terlebih dahulu latar belakangnya. Elakkan sembur-menyembur.

3. Jangan syok sendiri. Tak semestinya apa yang kita suka cakap adalah apa yang orang lain suka dengar

4. Berbicaralah dengan mata hati, bukan semberono.

5. Ingat, setiap perkataan adalah doa.

Maaf ya 1bulan1adab, lama tak update blog. sebab takde line internet. teruskan usaha!