Showing posts with label Halatuju sebenar. Show all posts
Showing posts with label Halatuju sebenar. Show all posts

Saturday, June 23, 2012

Imtihan


InsyaAllah, bakal menghadapi Peperiksaan Akhir Semester Pertama MSc Applied Statistics (Social Science).

Cuak, gugup, gementar. Perkara biasa.

Mohon doanya ya teman-teman.

Mahu memecut hingga ke akhir garisan. Moga selamat semuanya.

         27 Jun 2012 (Rabu)    : Sampling Theory & Practice

        28 Jun 2012(Khamis)  : Categorical Data Analysis

        29 Jun 2012 (Jumaat) : Classical & Bayesian Statistical Theory

Mohon maaf andai ada salah silap yang saya lakukan sebelum ini, saya mohon dihalalkan segalanya. Moga dipermudahkan urusan ini.

Jika ini adalah terbaik buat saya dan umat, saya hanya berharap Allah s.w.t. memberi laluan terbaik buat saya. Jika ia mendatangkan kemudaratan buat saya dan umat, hanya Dia jualah Yang Maha Mengetahui apa yang selayaknya untuk saya.

Maafkan saya, teman-teman. Kerna saya hanya hambaNya, yang sedang berjuang meraih redhaNya.

U S A H A  P A S T I  J A Y A

Rabbi yassir, wa la tuassir…


Sunday, January 29, 2012

Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?

Alhamdulillah, syukur atas kurniaaNya.

24 Januari 2012 mengkhabarkan satu berita yang tak mungkin dapat dilupakan.

Menanti 30 Januari 2012 untuk satu berita lagi.

Semoga ada keputusan bagi kedua-dua pilihan ini.

Ameen thumma Ameen.

p/s: Terima kasih ibu, kakak, abang-abang, dan adik-adik atas sokongan dan kasih sayang. InsyaAllah, tidak akan mengecewakan kalian.

Monday, December 26, 2011

Memahami Hati Ibu


Ibu saya adalah anugerah terindah buat saya selepas pemergian arwah ayah menemui Nya. Setiap hari, doa dan harapan saya agar saya terus berbakti untuk ibu hingga ke akhir nafas saya.

Dengan ibu, saya banyak mengalah.

Jarang benar cakap ibu yang saya bangkang.

Tapi kadang-kadang, untuk urusan jemaah dan sesetengah perkara, saya akan berkeras.

Dahulu, saya jarang mementingkan hati ibu dalam banyak hal. Apa yang saya buat adalah berdasarkan apa yang saya hajati.

Namun, Dia Maha Mendengar doa seorang ibu. 'Kemalangan kecil' yang saya alami telah membuka mata dan hati saya tentang naluri seorang ibu.

Saya berubah. Menjadi anak yang hanya mahukan redha Allah.

Ibu tidak pernah mendesak. Cuma adakalanya kata-kata berbaur tegas menjadikan saya berada dalam zon serba-salah.

Hidup berjemaah banyak mengorbankan rasa hati saya. Sulit untuk memahamkan hati seorang ibu.

Ramai yang bertanya dan mahu saya kongsikan bagaimana saya menawan hati seorang ibu. Tentang memahami dan cuba berdiplomasi dengan seorang wanita bergelar ibu.

Saya cuma ingat 1 pesanan ayah "Berlembutlah dengan ibu. Insya Allah, Dia akan perlembutkan hatinya."

Saya tidak punyai tips khusus. Sekadar usaha berdasarkan pembacaan dan petua dari mereka yang berpengalaman. Daripada itu, saya cuba implementasikan buat ibu.

  1. Doa. Doa yang tidak pernah putus semoga ibu faham dengan perjalanan seorang relawan / daei' / belia seperti saya.
  2. Patuh. Jangan pernah ingkar dengan setiap kata-kata ibu.
  3. Masa. Peruntukkan waktu untuk ibu supaya dia tidak pernah rasa kehilangan / terpinggir dari jiwa anaknya. Setakat ini, saya menelefonnya 2 hari sekali dan pulang bertemunya sebulan sekali. Walau bagaimanapun, dia masih belum berpuas hati. Ibu...ibu....kelakar sungguh. Agaknya dia mahu setiap hari saya pulang.
  4. Tidur dan makan. Manfaatkan masa untuk tidur bersama ibu. Tatap wajahnya waktu dia sedang tidur. Kenangi saat-saat indah bersama ibu yang telah dikongsi bersama. Jika pulang ke rumah, saya pasti tidur dan makan dengan ibu. Suatu kemestian.
  5. Kongsi. Saya kongsikan semua kisah hidup saya dengan ibu. Tidak ada yang tertinggal. Cuma kadang-kadang, ada yang telah di'edit' sebelum sampai ke telinga ibu. Saya mahukan ibu terasa dia yang paling utama dalam hidup saya sekarang.
  6. Keutamaan. Meletakkan urusan ibu penting selepas urusan dengan Allah s.w.t dan RasulNya merupakan tanggungjawab yang besar. Kelihatan mudah, namun adakalanya menyesakkan.
Ada antara kemahuan ibu yang meleburkan impian saya. Tapi saya tidak putus-putus berdoa semoga Allah melembutkan hati ibu untuk merelakan impian saya supaya direalitikan.

Setiap ibu pasti menginginkan yang terbaik buat anaknya. Saya kagum dengan ketegasan ibu mendidik kami adik-beradik. Ternyata, ibu adalah yang terbaik buat kami sekeluarga.

Saya menyayangi ibu. Saya juga mengejar cinta untuk berbakti buat umat. Saya mahukan keduanya.

Saya jarang melepaskan peluang untuk berbincang dengan ibu tentang perjalanan hidup saya. Tentang impian saya bersama jemaah. Kerana saya bukan sahaja mahu ibu redha dengan segala keputusan saya untuk jemaah, tetapi juga saya mahu ibu kenal erti jemaah dalam hidup saya.

Perlahan-lahan, saya mahu ibu setuju. Berharap agar ibu menyokong jalan yang bakal saya pilih.

Saya baru pulang dari Tamrin Tarbawi ABIM-PKPIM di Kedah & Selatan Thai. (22 - 24 Disember 2011). Saya maklumkan pada ibu mahu ke Kedah pada hari Selasa (2o Disember 2011) dan ke Selatan Thai pada hari Jumaat (23 Disember 2011: malam kami akan bertolak ke Selatan Thai).

Alhamdulillah, ibu redha dengan perjalanan musafir saya.

Cuma pesannya "Hati-hatilah."

Dengan nada bergurau, saya bertanya padanya "Ibu kisah tak kalau saya bertemu jodoh dengan lelaki dari Kedah?"

"Asalkan baik agama dan akhlaknya, ibu setuju." jawabnya ringkas.

Oh, itu cuma gurauan antara kami.

Yang penting, ibu perlahan-lahan meredhai perjalanan dakwah saya.

Ibu selalu berharap tahi lalat di kedua-dua belah kaki saya akan hilang. Katanya, sayalah satu-satunya anak yang rajin berkelana kerana anugerah tahi lalat itu. Walaupun saya tahu ibu main-main, ada maksud tersirat di sebalik kata-katanya. Dia mahukan saya pulang ke Tanah Serendah Sekebun Bunga itu. Saya terus berusaha meyakinkan ibu, musafirnya saya bukan untuk suka-suka, tetapi sebagai salah satu proses tarbiyah diri saya dan semua yang saya temui. Untuk menjalani sebuah kehidupan yang bukan berlandaskan keseronokan, tetapi bantuan untuk mereka yang memerlukan. Sebagai bekalan andai dipersoalkan di akhirat nanti.

Pagi tadi, ibu menelefon.

"Kamu mesti pulang pada 3 haribulan 1 nanti. Ada urusan penting pada 4 haribulan."

Sami'na wa ato'na.

Sunday, March 27, 2011

Paksa Kahwin

Abang saya sudah selamat menikah pada 22 Mac 2011 dan kenduri menyambut menantu diadakan pada 25 Mac 2011. Adat kenduri, biasalah...penatnya melampau-lampau. Alhamdulillah, kenduri berjalan lancar. Cukup respect dengan kakak, abang-abang, dan adik saya yang berusaha memberikan 'persembahan' yang terbaik bagi membantu ibu.

Adik-beradik saya sekarang sudah ada Trio. Trio berkahwin, dan Trio yang bujang. Jadi, saya dan adik-adik perlu berusaha untuk buang istilah Trio itu dalam geng kami. Haha

Seperti biasa, bila namanya kenduri, ia merupakan tempat berjumpa & bersilaturrahim dengan semua orang. Jadi, mahu tidak mahu, saya tidak boleh mengelak daripada soalan ini:

Saya cuba positif dalam soal ini. Bagi saya, mereka yang bertanya itu tidak ada salahnya. Mereka hanya mendoakan untuk kebahagiaan saya dalam memenuhi sunnah Rasulullah s.a.w. yang satu itu. Seperti dulu, saya tidak menolak sesiapa untuk hadir dalam hidup ini, cuma mungkin Allah tangguhkan dulu pertemuan saya dengan bakal suami saya itu.

Terima kasih juga buat Kak Irnida Salwani binti Ibrahim yang sudi menerima abang saya, Wan Mohd Fahmi bin Wan Ismail seadanya. Moga mahligai yang dibina dalam rahmat dan redha Allah. Bertambah seorang lagi menantu perempuan Nek Ma.

Usik ibuku "Menantu perempuan dah bertambah, bila pulak la Ma nak dapat menantu lelaki?"

Huk3.....terbatuk-batuk sambil tersengih-sengih.

Saya tidak berani untuk komen lebih-lebih tentang hal ini. Biarlah segalanya dalam ketentuanNya.

Oh, status di atas memang menarik perhatian ramai. Saya agak terguris hati dengan seseorang. Biarlah, barang yang lepas jangan dikenang. Saya sudah memaafkan dia. Sudah lama.

[hati mesti kuat supaya jiwa lebih mantap]

Wednesday, December 29, 2010

Hari Kedua

Ceramah 5: Prof Dato’ Dr. Anwar Ridhwan, Sasterawan Negara: Teknik Penulisan dan Proses Kreatif-Novel

Slot pada hari ini dimulakan oleh Prof Dato’ Dr. Anwar Ridhwan. Beliau merupakan Sasterawan Negara yang ke 10. Setakat ini, beliau berjaya menghasilkan 3 kumpulan drama, 4 buah novel, 4 cerita pendek, dan lain-lain karya kreatif.
Dalam slot ini, beliau banyak menerangkan tentang bagaimana beliau menulis, cerita di sebalik karya beliau, dan pengalaman beliau sebagai seorang editor novel. Contoh:

Novel : Hari-hari Terakhir Seorang Seniman
Tema : Kepupusan unsur-unsur Nusantara
Latar : Perang Dunia Kedua
Persoalan :Bagaimana kita mahu berikan kesinambungan budaya kepada generasi kita sedangkan pengaruh globalisasi itu lebih kuat?

Sebagai penulis,
->Cari bahan-Buat Kajian-Mulakan penulisan

–hasilkan novel yang boleh memberi impak
–edit/semak (13kali sekurang-kurangnya)
– pastikan karya tersebut ada kesan seni & intelektual
Contoh-contoh penulis yang boleh menulis dengan cepat adalah Arenawati, Usman Zainudin, dan Mana Sikana.

Arenawati pernah menulis novel sebanyak 800 halaman dalam tempoh 45 hari. Beliau adalah seorang penulis yang tidak boleh diganggu sewaktu sedang menulis. Beliau mempunyai pengetahuan yang sangat luas.

Prof Dato’ Dr Anwar menyifatkan tulisan terbaik adalah pengalaman sendiri.
Respon beliau berkaitan dengan kewajaran untuk sasterawan tempatan memenangi HadiahNobel adalah tidak mustahil. Tetapi mungkin kerana pemilihan jenis novel yang dibuat oleh pihak penganjur yang adakalanya mahukan novel kontroversi menyebabkan sasterawan kita tidak layak untuk menerima anugerah tersebut.

Satu perkara yang harus ditekankan adalah pengarang Melayu bukanlah pengarang yang mencari kontroversi. Penulis Melayu ada tanggungjawab untuk mendidik masyarakat dari segi sosial dan agama. Kebanyakan pengarang Melayu Islam tidak ada keghairahan untuk menulis bahan kontroversi.Jadi, bagi merealisasikan hasrat ini, harus ada badan yang aktif dalam mempromosikan penulis / Sasterawan Negara.

Sesi bersama Prof Dato’ Dr Anwar Ridhwan tamat pada jam 10.30 pagi. Novel yang berjudul Naratif Ogonshoto karya beliau dijual dengan harga RM 20 pada hari ini. Terdapat 6 buah novel ini yang dibawa oleh beliau dan ini menjadi rebutan bagi kami semua. Alhamdulillah, saya berjaya mendapatkan novel tersebut siap bertulis ‘Saudariku Wan Ritini’ beserta tandatangan beliau.

Moga buku tersebut akan menjadi inspirasi buat saya untuk menjadikan beliau sebagai salah seorang idola dalam bidang penulisan.

Bengkel 1: Tuan Haji Malim Ghozali PK, Penulis

Sejujurnya, saya tidak pernah mengenali nama penulis ini. Tetapi, sudah namanya kursus penulisan, jadi inilah medan untuk memperkenalkan para penulis tanah air.
Kenapa kita menulis? Kenapa kita tidak menulis?

Membaca-menulis-berfikir

Seorang penulis selalunya adalah seorang pembaca. Apabila menulis, pastikan penggunaan ayat adalah tepat:
- Gramatiskan ayat
- Cantikkan ayat

Kalau belum tahu berbahasa, kita belum boleh menulis lagi.
Ambil maklumat, bukan untuk diguna pakai semuanya. Tetapi untuk dirumuskan dan difahami sebelum diterangkan kepada khalayak dalam bentuk penulisan.

Teknik menulis:
- Imbas belakang (flash back)
- Imbas muka (face flash)
- Monolog dalaman (interior monologue)
- Stream of consciousness

Adakalanya, kita perlu gunakan perkataan Bahasa Melayu tulen untuk memberikan kelainan kepada tulisan kita contohnya perkataan bagasi = kelangkasar

Dua sesi bersama beliau seakan-akan berada dalam kelas teori Bahasa dan Matematik. Ilmu Matematik dan kombinasinya dengan Al Quran sangat mengujakan!

Saya menerima dua buah buku karyanya yang bertajuk ‘Kumpulan Cerpen Ini Chow Kit Road, Sudilah Mampir!’ dan ‘ Kumpulan Puisi Hujan Di Limun Pagi’ selepas berjaya menjawab soalan daripada beliau.

Bengkel 2: Tuan Haji Hasanuddin Mat Isa, Penulis
Resipi Penulis yang berjaya:


Penulis mesti membaca buku undang-undang, perubatan, pembangunan sosial, dan belia bagi mempelbagaikan hasil karya dan meluaskan pengetahuan.
Setiap hari, jiwa kita mesti diisi dengan ilmu.

Amalkan pemakanan yang sihat seperti memakan kacang pistachio, kismis hitam, halia, dan tiram.

Amalan kerohanian wajar ditingkatkan supaya kita lebih dekat dengan Pencipta. Cuba amalkan solat sunat tahajjud, tasbih, dan witir.

Saturday, December 25, 2010

Hari Pertama

Saya tiba tepat jam 8.45 pagi kerana beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan sepanjang perjalanan dari Shah Alam ke Universiti Malaya. Berbekalkan maklumat dalam brosur program yang saya baca semalam, Alhamdulillah Allah s.w.t permudahkan urusan saya ke sini.

Pihak urusetia meminta saya memilih antara bengkel Fiksyen atau Non-Fiksyen. Terkaku sebentar di luar bilik tersebut kerana tidak dapat membuat keputusan sepantas itu. Lantas, saya terfikir akan sebab saya ke sini. Saya ke sini adalah atas dasar tanggungjawab dan tugas, bukannya suka-suka.Saya memang meminati penulisan kreatif fiksyen, tetapi jiwa ini mungkin lebih di non-fiksyen. Jadi, saya capai kertas yang tertulis tentatif non-fiksyen.

Masuk ke Bilik Wawasan, saya terus ke bahagian hadapan sebelah kiri bilik. Sambil berjalan, saya mengira jumlah peserta yang ada di bilik tersebut. 11 orang termasuk saya. Hampir jam 9.00 pagi, acara dimulakan dengan kata-kata aluan daripada pengerusi majlis, Tuan Haji Baharudin Ali Masrom Al-Haj. Beliau mengalu-alukan kedatangan kami sebagai para peserta kursus. Jumlah peserta bertambah dan menjadikan kami seramai 17 orang sekarang.

Ceramah 1:Prof Dr. Mohd Sidin Ahmad Ishak, Universiti Malaya: Teori Penulisan
Teori adalah framework atau gambaran asas mengenai sesebuah penulisan. Menulis ertinya menyampaikan perasaan, argumentasi, luahan, dan sebagainya. Terdapat 3 ciri penting dalam penulisan iaitu:
-Kejelasan
-Organisasi
-Kandungan
Penulisan juga mengandungi 3 peringkat seperti:
a)sangat formal
b) kolokial
c) slange

Penulisan yang baik adalah penulisan yang memorable, mempunyai had keboleh bacaan oleh pembaca, sederhana bahasanya, dan kurang perkataan-perkataan abstrak tetapi lebihkan perkataan konkrit.

Ceramah oleh Prof Dr. Mohd Sidin tamat pada jam 10.30 pagi. Mungkin kerana ini adalah slot pertama, jadi semua peserta seakan-akan terkaku selepas tamatnya sesi ini. Kami cuma patuh mendengar arahan yang diberikan oleh pihak urusetia.Tiada gambar pada sesi ini kerana kami masih malu-malu antara satu sama lain dan kelihatan skema.

Ceramah 2: Puan Ainon Mohd, Pengerusi PTS : Tips Menjadi Penulis Kaya
Sejujurnya slot bersama Puan Ainon adalah antara slot yang dinantikan oleh saya. Saya suka melihat kesungguhan dan semangat beliau.
Sebagai seorang penulis, di mana kita mahu mencari duit? Di mana bakat kita laku?

Puan Ainon sedang memberikan penerangan
Di Malaysia, terdapat 4 sektor buku. Sebagai seorang penulis, kita mesti mengenalpasti di mana kedudukan buku yang bakal kita tulis nanti. Sektor tersebut adalah sektor buku rujukan, sektor buku teks, sektor buku ulangkaji, dan sektor trade books.


Jangan fikir buku, tapi fikir kejayaan buku. Bila menulis, harus kreatif. Apa yang kita boleh dapat percuma daripada media massa, jangan tulis.

Kita akan menjadi terkenal apabila banyak produk (buku) yang kita hasilkan. Tapi mesti ingat, apa sahaja yang ditulis, perlu menjaga sensitiviti masyarakat. Bagi PTS, apa yang ibu bapa tidak mahu anak mereka baca, itulah yang kita mahu elakkan tulis.

Kami teruja mendengar setiap butiran yang keluar dari bibir beliau. Semua peserta kelihatan segar dan mula mengikut rentak kursus ini. Soalan bertalu-talu ditanya kepada beliau. Menariknya, beliau menjawab soalan kami tanpa jemu. Mungkin ini adalah salah satu tips beliau iaitu ‘tidak kedekut ilmu & memberikan sebanyak-banyaknya apa yang orang-orang seperti kami mahukan’.

Ceramah 3: Puan Ainon Mohd, Pengerusi PTS: Sambungan slot Ceramah 2


Sastera Remaja & Kanak-kanak (R &KK)
-Watak R& KK
-Dunia R & KK
-Sudut pandangan R& KK

Cara untuk menulis sastera R & KK adalah dengan bercakap dengan mereka.

Beliau juga menerangkan tentang ciri penerbit yang bagus iaitu mereka akan menyediakan dokumen perjanjian penerbitan yang mengandungi hak cipta dan hak penerbitan, dan peratusan royalti kepada penulis.

Ceramah 4: Dato’ A.Samad Said, Sasterawan Negara : Pengalaman, Proses Kreatif- Novel dan Sajak

Kami dimaklumkan tentang keupayaan Sasterawan Negara ini yang agak terbatas. Jadi, semua peserta dikehendaki mendengar dengan teliti akan setiap patah perkataan yang dituturkannya nanti. Alhamdulillah, duduk di bahagian paling depan dan paling dekat dengan rostrum merupakan satu pakej untuk saya bagi kesempatan bertemu beliau pada kali ini.

Dato’ A.Samad Said adalah seorang yang sangat menepati masa. Beliau tidak akan melebih-lebihkan waktu bercakap, kecuali kami yang banyak bertanya.

Beliau mula berkarya di usia 16 tahun. Penulis merupakan seorang manusia yang mampu menguasai bahasa. Apabila membaca, sejauh manakah penulis dapat meresapkan dirinya dalam buku tersebut. Tema sesebuah buku atau puisi adalah berdasarkan persediaan pengalaman sendiri. Penulis tidak perlu terlalu berkhayal dalam menghasilkan sesebuah karya.

Setakat ini, beliau berjaya menghasilkan 68 buah buku. Karya Lantai T-Pinkie, Wira Bukit, dan Di Mana Bulan Selalu Retak adalah hasil imbauan kenangan dan kata-kata oleh beliau dan terus ditulis untuk dikarang.

Apa yang mengagumkan kami, dalam usia 75 tahun sekarang, beliau masih mengingati ayat yang dipelajarinya sewaktu di sekolah rendah yang berbunyi:

“Abu bela burung pipit. Burung pipit amat jinak. Pit Pit Pit bunyi burung pipit. Abu sangat suka hati”

Bagi beliau, cara untuk menambah pengalaman / pengetahuan adalah dengan membaca dan menonton filem. Duit beliau banyak dihabiskan untuk membeli buku.
Respon beliau yang menentang PPSMI adalah kerana kerajaan melanggar dasar dan perlembagaan negara. Hal ini wajar ditentang kerana bahasa yang dilandaskan dalam perlembagaan adalah Bahasa Melayu.

Sebaris ayat beliau yang saya ingat dari dahulu hingga sekarang adalah:
“Segala dihasrat tapi tak dapat, itulah nikmat yang paling padat”

Monday, April 5, 2010

4 Tahun Mengenali GPTD

Kisah ini saya tulis sempena tamatnya tempoh perkhidmatan saya secara rasmi sebagai Setiausaha GPTD UNISEL. Mungkin selepas ini, saya tidak akan dilantik sebagai setiausaha dalam mana-mana organisasi setelah hampir 15 tahun menyandang jawatan ini bermula dari darjah 4. Walau bagaimana pun, tugas setiausaha kepada keluarga semestinya disandang untuk seumur hidup. Agak melucukan kerana seringkali saya dilantik untuk jawatan itu sedangkan ada di antara mereka yang belum mengenali saya.

Saya mengenali usrah sewaktu dalam tingkatan 4, naqib kami ketika itu adalah Cikgu Rosdi Muhammad. Potensi & konsistensi saya dalam usrah sering diperhatikan oleh beliau, dan kerana itu saya ditugaskan untuk update papan kenyataan usrah berhadapan tangga pejabat sekolah. Usrah sekali seminggu dan update tazkirah dua kali seminggu. Saya seronok dengan kerja yang dihadiahkan oleh beliau.

Sewaktu di tingkatan 5, saya dilantik sebagai Penghuluwati Pergerakan Puteri Islam. Penasihat persatuan, Pn.Hjh Wan Yusniza Wan Yunus (Teacher Yus) mengadakan usrah untuk pimpinan persatuan. Sistem usrah yang saya ikuti sangat menarik.

Menjejakkan kaki ke UNISEL membuatkan saya rasa sedikit takut. Mungkinkah apa yang dipelajari selama ini akan hilang begitu sahaja sekiranya tiada lagi recharge Iman dalam usrah.

Bermula akhir tahun 2006, saya mengikuti usrah yang dikendalikan oleh Abg. Su. Waktu itu, saya diletakkan dalam Biro Penerbitan i Rakan. Perkenalan dengan beliau dalam kelas C++ membawa saya ke satu alam yang baru. Janji saya untuk tidak terlibat dalam mana-mana persatuan dan hanya menfokuskan pada pelajaran semata-mata tidak dapat saya tunaikan. Haha

Seperti dulu, saya berusaha untuk konsisten dalam usrah. Waktu itu, teman saya Rahmah mengikuti usrah Al Rihlah. Saya tertarik untuk mengikuti usrah tersebut kerana ianya ada ikon yang dijadikan rujukan dalam usrah. Kitab Rihlah Ibn Battutah menarik-narik hati saya.

Manisnya kenangan aturan Yang Kuasa, satu hari Rahmah menghantar mesej kepada saya mengajak saya ke usrah Rihlah. Di situlah bermulanya jatuh cinta saya pada sejarah ketamadunan Islam. Sungguh hebat! Bermula dari hari itu, saya didik hati saya untuk sentiasa istiqamah dalam pengkajian seperti itu.

Dalam perbincangan anggota Rihlah, mereka akan menjelajah ke Aceh, Indonesia. Saya tidak tersenarai waktu itu kerana saya masih lagi dalam Biro Penerbitan. Agak terkilan waktu itu, tapi saya berfikiran positif. Saya masih baru dalam usrah itu, mana mungkin tiba-tiba nama saya melonjak naik. Perasan!

Walaupun ada ketikanya saya keseorangan ke usrah, tapi saya tetap kuatkan hati kerana saya tahu sampai suatu masa nanti saya akan keseorangan juga. Tidak perlulah rasanya saya ceritakan segala apa yang terjadi. Tapi cukuplah sekadar saya katakan saya melihat seorang demi seorang melangkah pergi tanpa kembali dalam usrah. Saya mesti kuat!

Suatu hari kedatangan saya ke usrah mungkin dinanti-natikan oleh mereka. (Perasan itu perlu, tapi sedikit saja.kah3!) Penarikan diri salah seorang ahli Rihlah ke Aceh. Jawatan setiausaha kosong. Dicadangkan saya untuk mengisi kekosongan itu.

Maaf, saya terlupa siapa orang yang memberi cadangan yang bijak bestari tu. Saya terima. Ini peluang saya untuk membuktikan bahawa orang baru juga mampu melakukan yang terbaik. Tugas itu saya jalani dengan bersungguh-sungguh walau terkadang saya yang tersadung.

Saya dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), UNISEL. Pemilihan dalam kelas kami dan sokongan daripada dekan fakulti waktu itu, Mdm Fridelina Shjahrir. Tanggungjawab yang tergalas di pundak ini harus diteruskan.

Ke Aceh..

Pulang dari Aceh, saya harus mengaktifkan diri dalam MPP. Waktu sangat mencemburui saya. Ada sahaja halnya bila ada usrah. Saya terasing seketika. Menangis kerana gagal mengejar masa. Masa pasti tergelak-gelak memerhatikan saya yang kalah dalam pelarian ini. Saya terpaksa akur. Tinggalkan GPTD (belum tertubuh secara rasmi di UNISEL).

Jujur saya katakan, sepanjang peninggalan saya, saya merasakan suatu kehilangan yang sangat besar. Bodohnya saya kerana sangat lurus dalam hal seperti ini. Khilafnya saya kerana mengabaikan rasa hati semata-mata kerana orang lain. Saya tahu, ahli usrah terkilan dengan keputusan yang saya buat. Tapi, begitulah…maafkan saya!

Tamatnya tempoh perkhidmatan sebagai MPP pada bulan Mac 2009 banyak melegakan hati saya.

Buya Su meminta saya ke ofisnya. Ada perbincangan. Antara 2- terus kukuhkan pangkalan atau tubuhkan GPTD UNISEL. Saya pulang dengan hati yang berbelah bahagi.
Petang itu juga, pertemuan dengan YDP MPP yang baru dilantik menyerabutkan jiwa saya. Lamarannya untuk menjadikan saya sebagai Setiausaha Kerja beliau. Saya termenung. Jawapannya pasti tidak. Tapi akan saya fikirkan ayat terbaik kerana adakalanya terus terang saya telah mengguris banyak hati.

Malam itu saya menerima sekeping mesej. Risikan daripada Presiden Kelab Fasilitator untuk jawatan Bendahari kelab tersebut. Satu demi satu tiba. Bila agaknya rombongan meminang yang sebenar akan tiba? (Berangan tak sudah!)

Dua tawaran berjaya saya tolak dengan baik. Tinggal dua lagi yang masih menagih jawapan. Junaidah yang waktu itu tinggal satu rumah dengan saya banyak mendengar keluh-kesah saya untuk memilih salah satu daripadanya. Pangkalannya sama, Cuma gerak kerjanya sahaja yang berbeza.

Pagi hari ke tiga, satu mesej masuk bertanyakan jawapan. Mantap dan ringkas keputusan saya hantar: Tubuhkan GPTD UNISEL. (Mula terbayang-bayang bunga-bunga berguguran seperti dalam filem Ayat-Ayat Cinta di saat Fahri selesai melafazkan akad nikah.)

Kertas kerja dibuat dan dihantar. Proses kaderisasi berjalan. Seperti biasa, ada pasang dan surutnya. Komitmen ahli yang ditagih.

Alhamdulillah, selepas beberapa bulan menanti pengesahan penubuhan daripada Unit Kelab & Persatuan HEP UNISEL, tertubuhlah GPTD UNISEL secara rasmi.

Setiap organisasi ada masalah tersendiri, begitu juga GPTD UNISEL. Adakalanya saya berjaya menempuh dugaan yang melanda, ada ketikanya saya tersembam, gagal.

Saya yang memilih jalan ini. Tidak adil untuk saya dan semua andai saya mengalah. Setiap apa yang orang perkatakan tidak lagi menjadi kudis bagi saya. Apa yang penting waktu itu adalah kerja tetap saya jalankan.

Kata-kata Tuan Penasihat terlekat dalam kepala saya ‘Sabarlah dan teruskan
kesabaran.’

Saya berbahagia dan bertuah kerana mengenali ahli keluarga GPTD UNISEL. Banyak kenangan manis yang telah kita cipta bersama. Yang pahit itu biasalah, seperti juga ubat, walaupun pahit tapi insyaAllah itulah penawar.

Saya tanamkan dalam diri saya yang saya tidak akan mengalah dalam apa jua cabaran yang melanda. Ilmu yang diajar oleh Allah melalui perantaraan GPTD UNISEL sebagai wadahnya sangat terkesan di hati saya.

Abg Su: tunjuk ajar dan nasihat yang buya berikan selama ini banyak mengajar saya erti hidup. Saya belajar untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya.

Udin: pernah sekali dugaan menimpa hubungan adik beradik kita. Tapi Alhamdulillah, kita berjaya melepasinya walaupun sangat sukar pada mulanya. Jangan terlalu merendah diri, kuatkan semangat. Jadilah Amir untuk akak dan semua. Ingat, apa yang kita buat bukan kerana jawatan atau nama, tapi kerana Allah.

Nor Hafiz: daripada kurus hinggalah berisi, daripada terkial-kial mahu berkata-kata hinggalah petah berbicara lagak sang pemidato, mata inilah yang melihat perkembanganmu. Banyak kenangan telah kita sulam bersama sebagai adik-beradik. Akak pasti akan sentiasa terbayang-bayang keletahmu dan Kak Syafa kesayanganmu. Moga kamu lebih tabah dalam menjalani hidup. Ingat, dugaan datang kepada orang yang sabar.

Raudhah: adik akak yang manis dan baik, mendengar kata, sangat mudah terusik, tapi rajin dan pantas dalam melakukan kerja. Mengenalimu suatu keindahan.

Jun: teman seperbalahan dan sekepala. Adakalanya badai yang melanda menguatkan kasih antara kita. Kurangkan berahsia!

Izzat: seperti setianya ombak pada pantai, begitulah setianya kamu dalam perjuangan ini. Akak terharu dengan ketabahan ibu, kamu, dan Ishak dalam menjalani kehidupan. Daripada kalian akak belajar erti kasih sayang yang sebenar.

Hani: perkenalan kita sewaktu orientasi kamu membuahkan bibit-bibit kemesraan. Siapa sangka, tanggungjawab fasi on call berjaya menarik hatimu. Sungguh hebat perancangan Allah..dalam 10 orang temanmu, hanya kamu yang bisa kutawan.

Kuya, Amoy, Anuar, dan yang lain: jangan pernah menyerah!

Jujur saya katakan, saya sangat sedih dengan perpisahan ini. 4 tahun bukanlah suatu jangka masa yang pendek buat saya. Banyak perkara telah berlaku. Mana mungkin dapat saya kutip anugerah terindah seperti ini di luar sana.

Bagaimana kehidupan saya di luar nanti? Konsistenkah saya dengan usrah & khidmat sosial dan pengkajian tamadun?

Friday, January 1, 2010

Kenapa dia yang diutamakan?

Dua hari berturut-turut saya menapak di Kota Bharu Trade Center (KBTC). Tempat itu baru sahaja dibuka. Semalam saya ke sana berdating dengan adik, hari ini dengan Kak Han, Abg Zul, Haziq, dan Afiqah (terpaksa membawa si montel ini selepas beliau meronta-ronta nak ikut Cik Ni.huhu)
Itu cuma mukaddimah sahaja...siapa dia yang saya maksudkan? Dia ialah ibu saya. Kenapa saya utamakan dia dalam segala hal?
Saya bukanlah anak yang terbaik berbanding anak-anaknya yang lain. Kerana itulah, saya harus berusaha agar saya melakukan sehabis daya untuk membahagiakannya. Selepas pemergian arwah ayah, segala urusan hidup saya, saya akan bincangkan dengannya. Di situlah syurga saya.
Seringkali saya kebuntuan dalam membuat keputusan dan pilihan. Banyak perkara yang harus dipertimbangkan sebelum sesuatu keputusan itu dibuat. Adakalanya, langkah ini kaku. Tidak tahu harus ke mana. Dia banyak mendorong saya menimbangkan banyak persoalan itu dengan sewaras yang mungkin. Tidak pernah sekali pun dia membuat keputusan bagi pihak saya, hanya pendapat berdasarkan pemerhatiannya. Itu sahaja.
Sebagai anak, buatlah yang terbaik untuk ibu kita. Mungkin kita merasakan bahawa kita sudah selayaknya mengepakkan sayap sendirian, tetapi sedarlah.....dalam hati ibu, dalam jiwa ibu, kita masih anak-anaknya yang sentiasa menantikan tunjuk ajar darinya. Sejauh mana pun langkah diatur, ingatlah...tanpa ibu, kita pasti belum mampu untuk berjalan...hatta bertatih sekalipun.
Saya sering mengharapkan semua yang indah buat Ma. Walaupun adakalanya, banyak tindakan saya mengukir luka di wajah ceria seorang ibu. Astaghfirullah al-azim..
Kenapa harus bicara soal ini? Sebab...saya inginkan kita semua berazam untuk menjadi anak yang terbaik di hati seorang ibu. Boleh?
Hadith yang diriwayatkan oleh Sahih Bukhari daripada Abdullah, katanya:
"Aku bertanya kepada nabi s.a.w. tentang apakah amalan yang disukai oleh Allah s.w.t? Baginda menjawab, solat pada waktunya. Abdullah berkata, kemudian apa? Baginda menjawab, kemudian bakti kepada kedua orang tua. Dia berkata lagi, kemudian apa? Baginda menjawab jihad di jalan Allah"
Selagi roh masih di jasad, laksanakanlah apa yang masih tertunggak.

Tuesday, December 8, 2009

Semakan Akhir Nota-nota Tarbiyah



Baru selesai 2 kertas. Masih berbaki empat. Semua peperiksaan di Dewan Utama. Kata Nanthini "Wan,baik u bawak sweater.Sejuk.." Nak tergelak pun ada. Saya yang terkenal dengan tak pernah sejuk sewaktu dalam kelas hanya mendiamkan diri. Selepas kertas Microeconomics tadi, baru terperasan bahawa sebenarnya Dewan Utama itu sangatlah dingin. Hampir kaku tangan.




Kami sekelas telah mengadakan diskusi pada petang tadi untuk kertas seterusnya..Statistical Computing. Tidak dinafikan, kertas ini bakal menjerut nyawa kami semua. Sudah menjadi kebiasaan buat kami, diskusi diadakan sekelas. Bukan hanya terdiri daripada 4 atau 5 orang, tetapi satu kelas=16 orang. Kerana di situlah kekuatan kami.




Pernah tak bila belajar berulang kali tapi tak masuk-masuk dalam kepala? Otak terasa beku tiba-tiba? Saya bukanlah hebat bab belajar ni. Kadang-kadang banyak main juga. Tapi, bila ada rasa seperti itu, cepat-cepat saya muhasabah.




Kadang-kadang, kita terlepas pandang akan perkara yang seakan remeh di mata kita.
***************************************************************************
Ini tips saya pabila berdepan dengan keadaan sedemikian:
  1. Renungkan kembali apa yang telah terjadi sepanjang hidup ini / sepanjang hari itu. Di mana silapnya?
  2. Ingat orang-orang yang tersayang (excluded bukan muhrim)
  3. Bagaimana hubungan kita dengan Allah? Baik? Kurang Baik? Agak la..? Ingat, Dia tak pernah tinggalkan kita, kita je yang selalu terlupa untuk ingat Dia.
  4. Ada tersalah cakap, terguris rasa dengan sesiapa? Mohon maaf dan maafkanlah..
  5. Kalau ada benda yang masih belum terluah, luahkanlah. Jangan pendam.
  6. Hutang..langsaikan sebelum terlambat. Kadang-kadang, itu merupakan salah satu punca kenapa kita terleka
  7. Mintak orang-orang terdekat dengan kita supaya sentiasa mendoakan kejayaan kita. Doa orang-orang yang disayangi sangat mujarab bagi saya kerana merekalah inspirasi saya. Tidak salah sekiranya berulang kali meminta mereka mendoakan kita, kita pun janganlah lupa berdoa
  8. Gunakan kaedah yang pelbagai semasa belajar. Mencatat, membuat latihan, menghafal, dll
  9. Jangan terlalu memaksa diri. Lakukan sesuatu berdasarkan kemampuan kita. Kekuatan kita terbatas. Kita bukanlah robot
  10. Fokus. Kalau masa belajar, belajarlah. Jangan ingat perkara lain. Hal-hal remeh selalunya membuatkan kita menggelabah. Waktu belajar, ikhtiarkan untuk belajar.

Akhir sekali, kalau dah tak dapat sangat belajarnya....terjun tasik Unisel (Haha, main-main sebenarnya!). Rehatlah seketika...bina ruang dan peluang untuk diri kita. Jagalah hubungan kita dengan Allah, itu yang utama. Jangan hanya mengingatinya sewaktu dalam tempoh peperiksaan, tetapi sepanjang masa.

Semakan akhir nota tarbiyah bukan hanya setakat untuk peperiksaan semata-mata, tetapi untuk seluruh kehidupan kita.

Pepatah Arab ada menyebut: Man Jadda Wa Jada..Bi Taufiq Wan Najah Fil Imtihan..

Friday, October 23, 2009

Laskar Pelangi



Terima kasih kepada mereka yang telah memberikan peluang untuk saya menonton filem yang sungguh berharga ini. Permulaan, klimaks, dan pengakhirannya memang bermanfaat. Tiada ruang untuk saya ke mana-mana sehingga tamatnya lagu Laskar Pelangi nyanyian Nidji.


Ceritanya ringkas. Tetapi olahan dan juga mesej yang cuba disampaikan cukup jelas dan membawa kita menerokai alam kanak-kanak yang masih lagi tercari-cari erti hidup. Dalam keperitan, kemiskinan, dan segala kesusahan yang dihadapi oleh anak-anak Sekolah Dasar Muhammadiyah (SD Muhammadiyah), akhirnya mengajar mereka sebuah kehidupan yang benar-benar bernilai.



Semangat dan kecekalan Pak Harfan dan Buk Muslimah telah membawa mereka mengejar impian yang mampu untuk digapai oleh semua orang, dengan syarat..punyai daya juang yang tinggi dan usaha yang tidak putus-putus. Paling penting adalah berserah sepenuh hati kepada Allah.

Kata-kata Pak Harfan benar-benar melekat di hati saya "Sekolah ini adalah sekolah di mana pendidikan agama, pendidikan budi pekerti, bukan sekadar pelengkap kurikulum."

Pernyataannya tegas. Tetapi penuh berhikmah. Inilah yang wajar diterapkan dalam sukatan pelajaran di sekolah mahupun di universiti. Dalam kita sibuk mempersiapkan murid untuk membina bangunan yang tersergam indah, jangan dilupa pada manusia yang kita bangunkan. Bukan hanya pemikiran..tetapi jiwa dan akidah.

Sahsiah anak-anak perlu dibentuk sedari mereka kecil. Jangan sampai tiba waktu rebung menjadi buluh. Yang ingin kita lahirkan dalam masyarakat adalah manusia yang mempunyai kemantapan dari segi agama dan akhlaknya. Penerapan nilai-nilai agama tidak terbatas hanya di kelas agama semata-mata, malahan semua kuliah boleh menyelitkan unsur-unsur rohani ke dalam jiwa para pelajar. Seperti pagi tadi, bagaimana Dr. Saibah menyebut tentang kadar degupan jantung yang sangat hebat ciptaan Allah dengan salah satu tajuk Project Paper kami semester hadapan. Menarik!

Jelas, proses pengekalan kemerdekaan ini jauh lebih sukar dan jalannya berliku tidak seperti impian semalam. Laskar Pelangi seharusnya menjadi suatu sarwa pandang yang jelas. Permulaannya adalah dengan menyediakan para pemuda-pemudi dengan perkara berunsur ilmiah, bukannya hiburan yang melalaikan sehingga membawa mereka terbang di awangan. Nah,titik tolaknya bermula di alam kampus.


"Kekuatan itu dibentuk oleh iman, bukan jumlah tentera"-Pak Harfan
**Bila agaknya mahu ke kedai buku? Bilakah sebenarnya akan ada masa terluang? Novel Laskar Pelangi dan Sang Pemimpi memanggil-manggil.**

Tuesday, September 29, 2009

Cinta Kita, Cinta Perjuangan

Tertarik hati saya untuk singgah di laman iLuvIslam sebentar tadi. Kisah perjuangan yang tidak berpenghujung. Kita semua di medan perjuangan. Namun, siapa yang bakal tersungkur di tengah lapangan atau syahid dalam pertempuran, tidak kita ketahui. Setiap orang mempunyai matlamat, tetapi ke mana matlamat itu dan apa matlamat itu hanya kita sahaja yang mengetahuinya.

Bercerita soal perjuangan juga banyak membuatkan kita bermuhasabah tentang perjalanan kita selama menjadi khalifah di muka bumi ini. Terlalu banyak rintangan perlu ditempuhi sehingga menjadikan kita kadang-kadang tersungkur. Tapi, harus bangkit demi sebuah masa depan yang belum pasti di mana akhirnya..syurga atau neraka.
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh mala petaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." (Al Baqarah 2:214)
Usah lekas berputus asa kerana Allah s.w.t. sentiasa bersama dengan orang yang sabar. Andai dirasakan ujian kepada diri sendiri adalah berat, ingatlah..ada lagi hamba-hambaNya yang lain yang ditimpakan ujian yang lebih berat. Berhenti mengeluh dan teruskan melangkah. Tersadung bukan bermaksud kita harus mengalah, tetapi sebagai pedoman supaya tidak terjatuh lagi selepas bangkit dari kekalahan semalam..
Ucapan tahniah kepada Nazihah (teman sekelas sewaktu di SMKKL) dan Nor (teman sekelas sewaktu di SIC) yang baru mendapat cahaya mata pertama mereka. Untuk Rohana, semoga dikuatkan semangat untuk mengharungi tempoh mengandung buat kali ini. Buat Hazwa (sekelas dan jiran)dan Rohaiza (kelas sebelah), tahniah atas pertunangan kalian semalam. InsyaAllah, walimah kalian akan saya hadiri nanti.

Sunday, July 5, 2009

Sebuah Perjuangan

Setiap langkah adalah pengalaman
Di dalam perjalanan yang panjang
Namun, hujungnya pasti menjelang
Kau mundur nyata bagimu kerugian
Kerna masa pasti berjalan
Melangkahlah dengan panduan
Agar hujungnya bahagia kesudahan
Hidup di sini di sana kemudian..

Sajak ini dinukilkan oleh Abg. Khairol, SU Agong PKPIM. Terasa bergetar denyut nadi ini kerana langkah perjalanan kita masih terlalu jauh..terlalu panjang. Renung-renungkan..

Wednesday, June 10, 2009

Perubahan Lagi

Hari Isnin minggu lepas, kami (1st and 2nd batch) telah menggugurkan satu subjek buat semester ini.Ini bermakna, kami cuma mengambil 2 subjek sahaja. Pengajian Malaysia dan Research Methodology.
Pertama kali semester pendek di Unisel cuma terisi dengan dua subjek. Kelegaan jelas terpancar di wajah setiap dari kami, lebih-lebih lagi kepada kaki balik. Persatuan Balik Setiap Minggu (PBSM)..teringat Presidennya, Nurul..
Perjalanan hidup kami sepanjang minggu lepas berjalan lancar. Tenang.
Kejutan tiba-tiba hadir pada hari Sabtu lepas. Subjek yang digugurkan itu perlu diambil pada semester ini. Mesej dan YM yang diterima jelas berbaur kesedihan. Sabarlah..
Jadi, berbekalkan 8 credit hour, kami bakal mengharungi 7 minggu ini sarat dengan assignment, proposal, dan penulisan yang tidak tahu berapa banyak perlu dinukilkan.

Pengajian Malaysia : En. Ishak Muhammad
Research Methodology: Mdm Fridelina Sjahrir / Miss Maegala
Technical Writing: Dr. Halim Ahmad
Kata-kata En. Ishak semalam buat kami "Kamu tak perlu bercakap, yang akan bercakap adalah tangan kamu (penulisan kamu)". Kebenaran dalam sindiran..
Ada hikmahnya di sebalik setiap perubahan yang berlaku ini. Apatah lagi mendadak. Saya percaya, di sebalik setiap kesulitan, Allah telah mempersiapkan suatu ganjaran yang tidak ternilai buat hambaNya yang tahu erti bersyukur..

Saturday, May 23, 2009

Perit tapi Indah..

Saya tiba di Unisel pada jam 11.25pagi hari Rabu. Alahamdulillah, dengan bantuan teman rapat, saya melangkah ke sini. Seperti biasa, jika cuti semester tidak akan ada sebuah bas pun yang akan memasuki kampus ini. Terpaksa mencari teksi atau prebet sapu.

Persiapan untuk Bengkel SAS yang akan berlangsung pada hari Khamis dan Jumaat terasa berat. Kami yang baru semester ke lima ijazah bakal mengajar para pensyarah yang terdiri daripada mereka yang telah mendapat sarjana, Phd, dan telah membuat berpuluh-puluh kajian. Kerdilnya terasa.

Teringat pesanan Cik Manisah.."Diorang ramai yang belum kenal apa itu SAS. Jadi, kamu semua kena ajar betul-betul."

Persiapan untuk bengkel pada keesokan harinya telah kami lakukan pada pagi hari Rabu lagi. Ashraf, Din, dan saya cuma memantau apa yang patut kerana teman-teman yang lain masih belum tiba.

Kebetulan, pada hari kami tiba di kampus, para fasilitator sedang mengadakan persiapan untuk Minggu Tekad Siswa (MTS). Teman-teman rapat mengandaikan saya adalah antara fasilitator MTS yang lewat riba atas beberapa alasan. Haru dibuatnya..

Dua hari bengkel SAS telah memberikan banyak pengajaran kepada saya tentang beberapa perkara. Mengajar orang yang pernah mengajar kita tidak semudah yang disangka. Saya cukup kagum dengan peserta-peserta bengkel ini kerana mereka tidak menjadikan jawatan sebagai sesuatu yang merumitkan dan menerima segala pandangan dan ajaran kami dengan hati yang terbuka. Terima kasih semua.

Selesai bengkel tersebut, saya dikejutkan dengan beberapa perkara yang tidak terduga. Subhanallah..ujian datang di kala saya termengah-mengah kepenatan..

Thursday, May 21, 2009

Kenapa Lagu Ini?

Sahabat-sahabat saya bertanya..

"Awak,kenapa letak lagu ni? Segenggam Tabah kan? Hmm..lagu In Team."

Lagi... "Saya suka lagu ni. Tapi, mesti ada something kan kenapa Wan letak kagu tu kat blog? May I know why? "

Dan lagi..."Lagu tu betul-betul memikat hati saya. Terima kasih awak. Saya betul-betul dah jatuh hati kat blog awa"

Kali ini saya ingin menjawab semua pertanyaan yang diajukan kepada saya. Sewaktu ingin meletakkan lagu di tinta ini, saya berkira-kira untuk meletakkan lagu Muhasabah Cinta. Lagu tersebut diperdengarkan kepada saya oleh Jun. Best..

Setelah dua hari lagu tersebut bernyanyi di tinta ini, saya mula tersedar yang lagu yang selama ini menemani perjuangan dan kehidupan saya adalah lagu yang kita sama-sama dengar sekarang.

Saya pernah jatuh..tersungkur..namun, perlahan-lahan saya bangkit dari sejarah silam dan kesilapan semalam untuk saya titip iktibar dan pengajaran agar hari mendatang akan dipenuhi dengan sinar kebahagiaan dan kejayaan yang abadi. Amin..

Terlena dengan buaian duniawi menjadikan saya seakan-akan alpa dengan kuasaNya. Jika tidak kerana tersembam, pastinya saya semakin hanyut. Sesungguhnya kasih sayang dari Allah kepada hambaNya tidak pernah putus. Cuma terkadang, kita yang melupaiNya. Jahilnya kita..

Semoga kita bersama-sama menghayati lirik lagu ini dan mengutip bait-bait nasihat sebagai panduan bersama. Daripada yang tidak baik kepada yang baik..daripada yang baik kepada yang lebih baik. InsyaAllah..

Bertali arus dugaan tiba..menakung sebak air mata..namun tak pernah pun setitis..gugur berderai di pipi..

Wednesday, May 6, 2009

Kehadiran Yang Dirasai

Menarilah dan terus tertawa,

Walau dunia tak seindah surga,

Bersyukurlah pada Yang Kuasa,

Cinta kita di dunia..

Tergamam seketika pabila memandang blog ini. Perasaan bercampur-baur. Kaku. Kehadiran ruangan ini mula disedari oleh ramai teman dan taulan. Terima kasih kepada semua kerana sudi menatap blog ini walau seketika. Jutaan kemaafan saya pohon andai intipati di sini tidak memenuhi citarasa kalian.

Hari ini hari separuh kebebasan buat saya. Peperiksaan akhir telah tamat. Tinggal presentation yang akan berlangsung pada esok hari. Doakan saya..saya tidak berapa arif soal ini kerana saya lebih suka berada di belakang tabir yang lebih banyak kerja daripada bercakap.

Suasana Unisel sudah mula berubah wajah. Tiada lagi hiruk-pikuk bunyi kenderaan, tiada lagi pasangan-pasangan yang melepak di tepi PKP, dan tiada lagi laungan-laungan suara dari atas ke bawah dan sebaliknya di residen. Segalanya bertukar.

Pagi tadi, saya menelefon yang tercinta..memohon restu agar dipermudahkan jalan dan urusan oleh Yang Kuasa untuk kertas terakhir ini. Suaranya memang selalu ceria. Tidak pernah ada gusar.Tengah menggoreng jemput-jemput katanya. Tiba-tiba dada saya sebak..menahan tangis. Saya kagum akan segala-galanya tentang Ma.

Petang tadi, saya menerima mesej dari Nanthini, rakan sekelas saya. Ajakan untuk keluar makan malam bersama 3 teman yang lain. Pelik! Serius..mereka berempat adalah orang yang sangat kuat belajar. Tiada masa untuk berlibur. Saya menerima pelawaan tersebut dengan tangan terbuka. Demi kawan..
Kami berlima menyedari akan hakikat bahawa kami masing-masing tiada masa bersama. Tiada makan beramai-ramai kecuali pada sambutan ulang tahun setiap orang yang akan diadakan 2 kali setahun dalam kelas kami. Janji termeterai..kami akan cuba mencari luang waktu untuk makan bersama sekerap yang mungkin. InsyaAllah..ada hikmah rupanya kenapa kami masih di sini.
Saya mendapat perkhabaran yang kurang enak dari mereka selaku jawatankuasa persatuan fakulti (saya tidak dilantik menjadi jawatankuasa kerana kekangan sebagai 'Orang Besar' pada penggal yang lalu) bahawa kami harus berada di Unisel seawal 18hb bagi menguruskan persatuan. Sedih. Hampa. Bagaimana janji saya dengan Ma? Hmm..biarlah tanpa jawapan. Saya akan cuba berdiplomasi dengan beliau pabila pulang nanti. Janji untuk menghabiskan waktu cuti semester bersamanya mungkin lebur. Maafkan anakmu ini..
Terkenang kepada kata-kata Imam al-Ghazali, bahawa “Lelaki diciptakan Allah 9 rasional 1 emosi dan perempuan diciptakan Allah 1 rasional 9 emosi”.
Ya, kekuatan wanita itu adalah pada emosinya. Tinggi EQ!

Selamat Bercuti Buat Semua Mahasiswa Unisel. Kita datang dengan harapan..pulang dengan kejayaan..InsyaAllah.

Saturday, May 2, 2009

Terapi Minda

Saat blog ini ditulis, saya baru sahaja selesai membaca novel Cinta di Rumah Hasan alBanna. Ditakdirkan Allah, saya terdetik hati untuk membeli novel Hamas Pejuang Kota Suci Baitulmaqdis.
Dua minggu lepas, saya telah mengkhatamkan buku Islam & Demokrasi. Semenjak dua menjak ini, hati saya bagai ditarik-tarik untuk menatap karya-karya politik. Mungkin kerana penangan baru turun takhta kot..
Dua novel yang saya sebutkan di perenggan pertama tadi mempunyai perkaitan yang amat rapat. Hubungan antara Ikhwanul Muslimin (IM) dan HAMAS. Antara 'perjuangan' dan 'jihad'. Alhamdulillah, saya berpeluang membaca kedua-dua buku tersebut walaupun berlaku pertindihan masa dengan perkara lain, terutama sekali pelajaran.
1 tabiat yang saya tak dapat tinggalkan adalah membaca buku sebelum tidur. Waktu itu saya manfaatkan sebaiknya untuk menatap novel-novel yang saya minati. Malam ini, saya bertemankan buku Hamas Pejuang Kota Suci Baitulmaqdis. Masih belum terlambat untuk saya kongsikan dengan semua.. sewaktu kunjungan saya ke Pesta Buku PWTC baru-baru ini, yang hampir meragut kewarasan saya seketika..saya telah membeli 6 buah buku pelbagai bidang.. politik (semestinya!), penulisan, kewanitaan, dan perjuangan..
Hehe..
Nek Ma juga sudah bising..
"Nak buat apa buku banyak-banyak? Hantaran kamu nanti nak letak semua buku ke?"

Saya tergelak besar..

"Apa salahnya.Jimat sikit duit sendiri."cuma di dalam hati..

Saya tahu,Nek Ma menyokong dalam sindiran.

Kata Imam alSyahid Hasan alBanna "Jika engkau ingin mengenali seseorang, kenalilah dia melalui buku-buku di perpustakaannya."

Wednesday, April 22, 2009

Sedutan Episod Akhir Semester 05/09

24 April 2009 (Friday) : Final Presentation Statistical Method & Application

Final Exam:
27 April 2009 (Monday) : Calculus 3
BT FSP
2.30 pm

29 April 2009 (Wednesday) : Statistical Method & Application
BK FSP
2.30 pm

02 May 2009 (Saturday) : Principle of Finance
Main Hall
9.00 am

04 May 2009 (Monday) : Experimental Design
BK FSP
2.30 pm

06 May 2009 (Wednesday) : Ordinary Differential Equation
BK FSP
9.00 am

Doakan saya..semoga semester ini lebih baik daripada semester-semester lepas kerana saya yakin kegagalan tidak pernah ada, hanya kejayaan yang seringkali tertunda.
Doa dan harapan dari anda semua amat bermakna buat saya..

Thursday, April 2, 2009

ALLAH KNOWS WHAT BEST FOR US

Allah knows what best for us

so why should we complain

we always wants the sunshine

but He knows that there must be rain

we always wants laughter

and the merriment of cheer

but our heart will lose their tendeness

if we never shed a tear

Allah test us often

with suffering and with sorrow

he test us not to punish us

but to help us meet tomorrow

for growing trees and strengthened

if they can withstand the storm

and the sharpness of the chisel

gave the marble its grace and form

Allah test us often

and for every pain

He gives us

Provided we are patient

is followed by rich gain

so wherever we feel that

everything is going wrong

it is just Allah's way

to make our spirit strong..

*SULTAN ISMAIL COLLEGE_2004*

Monday, March 23, 2009

Mentor Mentee

Khamis lalu, kami pelajar semester 5 dan 6 di fakulti telah mengadakan "Hari Bersama Mentor Mentee". Minggu ini terlalu sulit untuk saya gambarkan kerana kami terlalu sibuk. Alhamdulillah, akhirnya program itu berjaya dilaksanakan.
Kehadiran Dekan fakulti kami telah membangkitkan semangat kami untuk terus berusaha.
Pujian harus diberikan kepada Ketua Program kami yang telah banyak bertungkus-lumus membantu kami. Masih terngiang-ngiang kata-katanya "Saya mahukan hubungan yang erat antara pensyarah dan mahasiswa semua. Jangan wujudkan rasa rendah diri dan ada jurang antara kita. Tetapi harus ingat, rasa hormat kepada kami sebagai pensyarah jangan dilupakan."
Sepanjang semester ini, saya berasa teruja dengan semangat yang beliau tunjukkan. Mengajar dan mendidik kami. Pada masa yang sama, menjadi ibu kepada kami..
Semangat yang beliau pamerkan tak pernah membuatkan kami terasa jauh. Sedikit pun tidak pernah merungut walaupun kami terdiri daripada manusia-manusia yang bermacam kerenahnya.
Terima kasih buat semua pensyarah Fakulti Sains Gunaan dan Matematik..