Showing posts with label Sekitar kampus. Show all posts
Showing posts with label Sekitar kampus. Show all posts

Saturday, June 23, 2012

Imtihan


InsyaAllah, bakal menghadapi Peperiksaan Akhir Semester Pertama MSc Applied Statistics (Social Science).

Cuak, gugup, gementar. Perkara biasa.

Mohon doanya ya teman-teman.

Mahu memecut hingga ke akhir garisan. Moga selamat semuanya.

         27 Jun 2012 (Rabu)    : Sampling Theory & Practice

        28 Jun 2012(Khamis)  : Categorical Data Analysis

        29 Jun 2012 (Jumaat) : Classical & Bayesian Statistical Theory

Mohon maaf andai ada salah silap yang saya lakukan sebelum ini, saya mohon dihalalkan segalanya. Moga dipermudahkan urusan ini.

Jika ini adalah terbaik buat saya dan umat, saya hanya berharap Allah s.w.t. memberi laluan terbaik buat saya. Jika ia mendatangkan kemudaratan buat saya dan umat, hanya Dia jualah Yang Maha Mengetahui apa yang selayaknya untuk saya.

Maafkan saya, teman-teman. Kerna saya hanya hambaNya, yang sedang berjuang meraih redhaNya.

U S A H A  P A S T I  J A Y A

Rabbi yassir, wa la tuassir…


Saturday, May 19, 2012

Makin tinggi, makin susah....itu adat.

Saya berada dalam zon tekanan sekarang. Sangat menekan.

Setiap hari, bangun dari tidur, saya pasti motivasikan diri sendiri 

"Wan Ritini mesti kuat. Jalani hidup dengan sebaiknya. Manfaatkan semaksima mungkin."
Tetapi saya silap, ada sesetengah perkara terjadi di luar jangkaan menyebabkan saya 'rapuh hati' tiba-tiba. Suasana yang menghimpit...

Bekerja dan belajar membuatkan saya terkejar-kejar. Adakalanya menangis dalam perjalanan. Kesat air mata dengan lengan baju. Huh, cengeng!


Setiap malam telefon ibu, cerita penat, cerita belajar masih merangkak-rangkak, cerita kawan-kawan satu batch yang ambil cuti khas sebab rasa seperti bakal 'ditendang' pada penghujung semester nanti, dan macam-macam cerita.

Ibu terus menyabarkan saya. Terus keluar cerita yang indah-indah.

Katanya "Belajar apa pun, memang susah. Makin tinggi kamu belajar, makin susah la prosesnya. Yang penting, sabarlah. Itu kan adat. Dia izinkan kamu belajar dengan kehendakNya, jadi jangan sia-siakan."

Ibu-ibu memang begitu. Suka menasihat. Dan nasihat itu selalu saya letak dalam hati diam-diam. 

Saya tidak akan mengeluh dengan jalan yang saya sendiri tentukan ini. Berpenat lelah 7 hari seminggu tidak mengapalah...Makan sudah tidak tentu jadualnya seperti dulu, abaikanlah...kerana saya sangat mengejar masa, kerana saya terlalu rindukan masa terluang saya.

Saya selalu berharap supaya akhir semester datang dengan cepat, tetapi saya tahu, persediaan saya untuk mengadap kertas ujian tersebut masih samar-samar.

Ditambah dengan pekerjaan sekarang, membuatkan saya terkapai-kapai sendirian.

Kalaulah saya ini berharta banyak (sekarang berharta kurang banyak), saya mahu berhenti kerja dan fokus pada pelajaran hingga tamat dengan jayanya. Tetapi apalah kemampuan saya, andai saya tidak bekerja, mustahil bagi saya untuk membayar yuran nanti.

Redah Wan Ritini, redah.

Hidup ini bukan tempat untuk bersantai, jadi kerja keras itu mesti.

Sunday, August 22, 2010

Ada Batasnya...

Rutin saya setiap malam berubah apabila Miss KB (jiran sebelah) mengajak saya solat terawih di Masjid Negeri. Biasanya, kami akan ke sana berdua. Dalam perjalanan, bermacam-macamlah cerita dan isu yang kami bualkan dan bincangkan.

Satu malam, kami berbicara soal 'kerana mulut badan binasa'. Terlalu biasa di mata umum sehinggakan kita dah terlalu biasa melihat kerosakan moral dek kerana mulut yang satu itu. Bersyukur kerana Allah hadiahkan satu sahaja mulut, jika tidak...betapa ramainya umat manusia yang bakal memenuhi neraka Allah. Nauzubillah..

Cerita ini saya kisahkan secara umum, tiada kaitan dengan sesiapa. Terlebih dahulu, maaf andai terasa. Saya bercerita bukan bertujuan untuk mengaibkan, sekadar perkongsian dan muhasabah diri agar kita menjadi manusia yang tahu S.Y.U.K.U.R itu apa.

Kebangkitan mahasiswa atau kelancangan mulut mahasiswa?

Saya tabik dengan mahasiswa yang bangun menggerakkan nadi perjuangan mahasiswa dalam universiti kerana sejak zaman 70-an lagi mahasiswa dilabelkan sebagai jurubicara masyarakat. Harus diingat, mahasiswa pada waktu itu bukanlah mereka yang angkuh mendabik dada mengatakan 'Akulah yang Hebat' kerana mereka berjuang atas dasar agama dan ummah. Isu kemiskinan, bertudung, pinjaman pelajaran dan banyak lagi yang berkaitan dengan masyarakat & mahasiswa.

Sedihnya, mahasiswa sekarang lebih banyak bercakap tanpa bertindak. Nak bersuara, minta dengan pihak universiti sediakan tempat. Ish, di mana tenaga muda kita? Nak berdakwah, tak perlu tunggu di masjid. Begitulah juga bersuara, tak perlu ada mikrofon, pembesar suara, dan rostrum lagak sang ahli politik. Ish, mahasiswa ini direkrut untuk parti politikkah? Hehe

Berdesing telinga bila 'mahasiswa' bercakap soal hak mahasiswa dalam universiti, pihak pengurusan tak adil lah, tiada kebebasan dan terikat, tidak beragama, dan bermacam-macam lagi...owh, patutlah sering bersuara tidak puas hati, rupanya isu sendiri pun masih tak selesai.

Apa? Betullah kata orang dulu-dulu, 'yang pandai berkata-kata, belum tentu bijak bertindak'. Akur. Kesalahan pihak universiti dicanang-canang, tetapi hal sendiri? Solat masih chipsmore, berdua-duaan dengan buah hati, berabang sayang di Muka Buku..aduyai pemimpin kah?

Tidak salah berbicara, tapi bukan mencari kelemahan orang lain. Jika benar universiti anda masih tidak memenuhi citarasa anda, tegurlah dengan baik. Bukannya dengan mencanang sana-sini.

Renungkanlah..siapa yang akan ambil kita bekerja nanti sekiranya kita dari universiti yang rosak (seperti katanya)?

Siapa yang akan membangunkan universiti sendiri sekiranya pekung di dada telah kita buka?

Adakah orang-orang seperti ini sebenarnya mengalami masalah psikologi yang teruk? Ingatlah...kita adalah wajah universiti kita.

Berhentilah mengutuk tak tentu pasal, tak puas hati tak kena tempat.

Agama sendiri sudah ada garis panduan yang jelas. Jika pihak pengurusan salah, tegurlah dengan cara berhemah, jika masih tidak berubah, gunakan surat dan memorandum, jika masih tidak berubah bertindaklah dengan cara yang berdiplomasi. Bacalah sejarah tokoh-tokoh sebelum ini. Banyakkan membaca daripada bercakap.

Renung-renungkan.

Wednesday, August 11, 2010

Pecutan Terakhir ke Garis Penamat

Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk saya menamatkan latihan industri di Lembaga Zakat Selangor. Seronok dan hiba bercampur baur. Tinggal saya seorang sahaja lagi yang masih belum membuat pembentangan berkenaan projek praktikal saya. Program-program Haddul Kifayah dan Agihan Puasa dan Raya bersilih ganti dan menyukarkan saya untuk mencari waktu yang sesuai bagi menemukan dua orang supervisor saya: Cik Manisah (Academic Supervisor) dan Kak Zimah (Industrial Supervisor).

InsyaAllah, 23hb Ogos nanti saya akan membentangkan projek praktikal di hadapan mereka berdua dan semua staff R&D. Semoga berjaya!

Banyak pengalaman yang saya peroleh sepanjang menjalani latihan industri di sana. Bagaimana bercakap dengan staff-staff yang sudah berkebolehan? Bagaimana perlu ada multi-purpose people dalam syarikat? dan macam-macam lagi. Semua itu amat saya tagih kerana menjadi manusia yang mudah berpuas hati bukanlah motto hidup saya. Setiap hari, saya cuba belajar satu benda baru yang boleh saya manfaatkan untuk semua.

Pada mulanya, rasa ragu dan kecewa kerana keseorangan itu ada. Tercampak keseorangan ke sini. Tapi kerana sudah terlalu biasa ditinggalkan, saya redha. Alhamdulillah, saya berjaya melepasi segalanya dengan baik walaupun agak kekok pada mulanya.

Saya bahagia di sini. (cewahhh)

Semua orang menganggap saya seperti staff di sini. Tiada perbezaan antara semua orang. Itu yang saya belajar. Melayan orang sama rata, tidak kira siapa mereka. Cara itulah yang mereka terapkan apabila berkomunikasi dengan asnaf. Apatah lagi fakir dan miskin.

Pendapat saya diterima pakai dan sering berdiskusi dalam pelbagai hal sangat saya hargai. Saya tidaklah hebat dalam memberi pendapat, dan atas sebab itu..saya perlu mengkhatamkan semua bacaan sebelum diskusi dimulakan. Seperti usrah.

Saya belajar segalanya di sini. Tidak keterlaluan jika saya katakan tarbiyah daripada usrah dan tamrin yang saya ikuti sebelum ini merupakan landasan saya untuk menjadi seorang yang lebih kuat dan tabah. Tak tipu. Cubalah..

Yang dahsyat: Suatu hari, saya tergesa-gesa naik ke Tingkat 3 untuk mengambil wang. Dengan cepat, saya melangkah masuk ke lif untuk turun ke tingkat bawah. Tersandar di tepi lif kerana kelelahan terkejar-kejar. Sampai di tingkat bawah, saya terus keluar. Gedebuk!!!
Kemalangan berlaku. Saya terlanggar seorang staff yang biliknya sebelah bilik K'zimah. Muka saya merah padam. Masing-masing diam dan tunduk. Hadeiii. Saya terus keluar dan berlalu dari situ. Bermula hari itu, kami sering terserempak. Secara automatik, masing-masing menunduk malu. Sekarang, dia sudah melupakan hal itu rasanya. Kerana dia sudah berani mengusik saya di depan orang ramai. Biarlah, asalkan tidak melampaui batas sudah la.

Usikan-usikan daripada mereka sudah terlalu biasa buat saya. Adatlah, bila masuk kandang kambing mesti mengembek.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk berlalu dari sini. Terima kasih buat semua. Terutama sekali K'Zimah, K'Nik, K'Zai, Ustaz Farid, Lina, K'Yatt, Ustaz Samad, K'Niza, K'Dila, En.Ikhwan, En.Saifullah, K'Linda..dan semua. Tak terkira nak mengira semua orang. Hehe

Sunday, December 20, 2009

Poster#2: Stop Car Litter

Bab kempen kedua ini, saya tergaru-garu kepala buat beberapa hari..sebab kekeringan idea untuk melontarkan rasa. Maaf atas kelewatan promosi kempen ini. Banyak perkara yang harus didahulukan..
Cerita 1:
Kisah ini berlaku 3 tahun dahulu, waktu saya masih di Tahun Asas Sains (Kejuruteraan). Saya dan seorang teman baru pulang dari menjadi sukarelawan Mesyuarat Agung Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia. Kami pulang ke UNISEL dengan menaiki bas. Bila seharian bekerja, sudah semestinya kami tertidur kepenatan dalam bas.


Tiba di simpang tiga di Jalan Timur Tambahan, Uncle drebar bas memperlahankan pemanduan. Kami tersedar. Kereta di hadapan bas yang kami naiki mencampakkan 3 botol arak ke tengah jalan. Bunyi kaca pecah kedengaran. Kami cuak. Dibuatnya mereka tahan bas itu, memang nahas kami semua.

Alhamdulillah, kereta di hadapan tidak berhenti. Kami menarik nafas lega. Botol-botol arak yang pecah berserakan di tengah jalan. Uncle drebar bas membebel-bebel dalam Bahasa Tamil (sepatah dua je saya paham)
Sungguh tidak bermoral pemandu dan penumpang yang menaiki kereta itu. Pengajaran buat kita, kalau pun kita rendah moralnya, janganlah pengaruh orang lain untuk ikut kita.

Cerita 2:
Kawan saya yang sorang ini bukanlah pengemas yang baik. Tapi, ada baiknya kenapa dia begitu. Dalam keretanya, ada sahaja sampah yang terlupa dibuang. Kadang-kadang, saya akan mengutip sampah-sampah itu. Suatu hari...mungkin dia kepenatan mendengar saya bersyarah tentang kebersihan, dia berkata:
"Kira ok la tu saya tak buang kat tengah jalan. Saya tak cemarkan alam sekitar. Biar je dalam kereta. Yang nampak semak dalam kereta ni, cuma awak dan saya. Kalau saya buang ke luar, semaknya semua orang nampak. Tak pasal-pasal saya dapat dosa"

Sabar jelah..sebab itu saya kata, ada baik dan buruknya dia begitu. Dia tidak menyusahkan dan merosakkan pandangan mata orang lain, tetapi dia tidak berlaku adil terhadap dirinya sendiri.

************************************************************

Hentikanlah tabiat membuang sampah dari kenderaan, hormatilah pengguna jalan raya yang lain. Jika kita ingin dihormati, seharusnya kita menghormati hak orang lain.
Kebersihan itu adalah sebahagian dari Iman...
Mereka yang di'tag' oleh saya:

Tuesday, December 8, 2009

Semakan Akhir Nota-nota Tarbiyah



Baru selesai 2 kertas. Masih berbaki empat. Semua peperiksaan di Dewan Utama. Kata Nanthini "Wan,baik u bawak sweater.Sejuk.." Nak tergelak pun ada. Saya yang terkenal dengan tak pernah sejuk sewaktu dalam kelas hanya mendiamkan diri. Selepas kertas Microeconomics tadi, baru terperasan bahawa sebenarnya Dewan Utama itu sangatlah dingin. Hampir kaku tangan.




Kami sekelas telah mengadakan diskusi pada petang tadi untuk kertas seterusnya..Statistical Computing. Tidak dinafikan, kertas ini bakal menjerut nyawa kami semua. Sudah menjadi kebiasaan buat kami, diskusi diadakan sekelas. Bukan hanya terdiri daripada 4 atau 5 orang, tetapi satu kelas=16 orang. Kerana di situlah kekuatan kami.




Pernah tak bila belajar berulang kali tapi tak masuk-masuk dalam kepala? Otak terasa beku tiba-tiba? Saya bukanlah hebat bab belajar ni. Kadang-kadang banyak main juga. Tapi, bila ada rasa seperti itu, cepat-cepat saya muhasabah.




Kadang-kadang, kita terlepas pandang akan perkara yang seakan remeh di mata kita.
***************************************************************************
Ini tips saya pabila berdepan dengan keadaan sedemikian:
  1. Renungkan kembali apa yang telah terjadi sepanjang hidup ini / sepanjang hari itu. Di mana silapnya?
  2. Ingat orang-orang yang tersayang (excluded bukan muhrim)
  3. Bagaimana hubungan kita dengan Allah? Baik? Kurang Baik? Agak la..? Ingat, Dia tak pernah tinggalkan kita, kita je yang selalu terlupa untuk ingat Dia.
  4. Ada tersalah cakap, terguris rasa dengan sesiapa? Mohon maaf dan maafkanlah..
  5. Kalau ada benda yang masih belum terluah, luahkanlah. Jangan pendam.
  6. Hutang..langsaikan sebelum terlambat. Kadang-kadang, itu merupakan salah satu punca kenapa kita terleka
  7. Mintak orang-orang terdekat dengan kita supaya sentiasa mendoakan kejayaan kita. Doa orang-orang yang disayangi sangat mujarab bagi saya kerana merekalah inspirasi saya. Tidak salah sekiranya berulang kali meminta mereka mendoakan kita, kita pun janganlah lupa berdoa
  8. Gunakan kaedah yang pelbagai semasa belajar. Mencatat, membuat latihan, menghafal, dll
  9. Jangan terlalu memaksa diri. Lakukan sesuatu berdasarkan kemampuan kita. Kekuatan kita terbatas. Kita bukanlah robot
  10. Fokus. Kalau masa belajar, belajarlah. Jangan ingat perkara lain. Hal-hal remeh selalunya membuatkan kita menggelabah. Waktu belajar, ikhtiarkan untuk belajar.

Akhir sekali, kalau dah tak dapat sangat belajarnya....terjun tasik Unisel (Haha, main-main sebenarnya!). Rehatlah seketika...bina ruang dan peluang untuk diri kita. Jagalah hubungan kita dengan Allah, itu yang utama. Jangan hanya mengingatinya sewaktu dalam tempoh peperiksaan, tetapi sepanjang masa.

Semakan akhir nota tarbiyah bukan hanya setakat untuk peperiksaan semata-mata, tetapi untuk seluruh kehidupan kita.

Pepatah Arab ada menyebut: Man Jadda Wa Jada..Bi Taufiq Wan Najah Fil Imtihan..

Thursday, November 19, 2009

Andainya Cinta Mampu Merubah


Tajuk je gempak. Hehe. Selepas entry Isteri Seorang Pejuang, saya tertarik untuk membincangkan isu jamaah. Semakin hari, semakin terasa seperti isu ini sangat memudaratkan. Bacalah...Hayatilah..semoga ada sesuatu untuk dikongsi bersama.

Islam itu syumul (menyeluruh). Dari mana pun kita, hanya bertunjangkan Islam yang satu. Penat otak berfikir dan akal mentafsir apabila orang Islam sendiri, yang kononnya faham tentang Islam terlalu taksub dalam jamaah sehingga mengabaikan soal tautan hati dalam masyarakat. Wujudnya puak itu dan ini. Tidak terlintaskah kita semua itu hanyalah wadah bagi merealisasikan impian kita untuk menyampaikan rahmat ke sekelian alam?
Tidak akan dipersoalkan nanti kita dari jamaah mana, namun yang harus dititikberatkan adalah terjalankah amanah yang tergalas dalam jamaah?

Ketaksuban yang melampau-lampau dalam jamaah sedangkan diri masih belum thiqah (percaya) dengan kemuliaan hidup di jalan dakwah dan tidak biasa dengan tabiat di jalan ini akan menimbulkan masalah dan fitnah yang berterusan terhadap Islam.

Kita perlu sedar bahawa penglibatan diri dalam jamaah bukan sekadar untuk mendapat tarbiyah sahaja tetapi menyeluruh. Semua. Penyerahan diri sepenuhnya yang mana segala urusan diri kita diuruskan oleh jamaah demi kesinambungan dakwah. Berbeza jamaah tidak semestinya berbeza fikrah.
Tidak seharusnya kita merumitkan keadaan hanya kerana perbezaan jamaah. Islam itu indah dan ertinya tidak susah! Buanglah sikap ragu-ragu, buruk sangka, tidak berterus terang dan segala penyakit hati yang boleh merosakkan pandangan masyarakat terhadap jamaah.
Berhentilah dari memikirkan soal remeh-temeh sedangkan isu ummah semakin meruncing. Jamaah hanya sebagai wadah dalam kita menyampaikan dakwah. Harus ingat. Itu yang diharapkan dalam pembinaan generasi yang benar-benar faham apa itu Islam.
Maafkan saya andai tulisan kali ini bisa mengguris rasa antara kalian.
Terbinanya cinta dan kasih antara sesama manusia kerana dakwah dan ubudiyah kepada Allah.
1 akidah itu yang utama.

Wednesday, July 29, 2009

Penyakit itu Penghapus Dosa

Semalam adalah hari persediaan untuk Bengkel SAS di Computer Lab. Awal pagi tadi kepala terasa berat dan mata berair. Selalunya itulah petanda awal saya bakal demam. Tabahkan hati. Di dalam Computer Lab, saya tidak dapat menfokuskan kepada setiap butir perkataan yang lahir dari mulut Mr.Azman dan Cik Manisah. Ian di sebelah seakan-akan pelik dengan keadaan saya.
"Ko sejuk Wan?" soalnya.
Saya mengangguk perlahan."Sejuk. Sangat-sangat"
Dia mengerutkan dahi "Ko jarang camni. Ko ok tak? Selalunya ko la yang paling panas. Air cond kat lab ni pun tak xcukup"
Memang saya tak mampu menahan kesejukan ini. Selepas mesyuarat, saya berkejar ke HEP-FSP-FITM-HEP kembali. Saya mula rasa bebanan di kepala. Akhirnya saya tumbang. Tak mampu nak bangkit.
Lebur harapan saya. Tapi Alhamdulilah, urusan saya di HEP telah siap. Menunggu keputusan sahaja. Semalaman terbaring di atas katil. Hari ini, saya masih belum mampu untuk ke Computer Lab lagi. Amanah sudah terabai. Maafkan saya.
Saya sedar..sakit itu penghapus dosa-dosa kecil. Tidak harus mengeluh atau menyesal. Mungkin sudah terlalu banyak dosa kecil saya selama ini sehingga Allah menurunkan dugaan sakit itu kepada saya. Diberi Nya ruang kepada saya untuk bermuhasabah dan mengenali siapa diri ini.

Saturday, July 25, 2009

Transformasi Minda Merentasi Zaman

Semalam, pertemuan akhir pimpinan GPTD Unisel. Perancangan untuk misi ke Maninjau, Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Kami bertiga bersama Tuan Penasihat. Flow mesyuarat berjalan lancar. Tibalah saat memilih motto misi. Terkebil-kebil memandang antara satu sama lain. Misi yang menfokuskan kajian budaya dan khidmat sosial kepada masyarakat di sana. Menjejak ilmuan dan ulama' besar di sana, Buya Hamka.
Setiap idea tentang motto pasti akan disoal dan pertelagahan pendapat antara satu sama lain telah menjadikan mesyuarat tersebut makin rancak. Setelah hampir beberapa ketika, kami mendapat satu kata putus.
..TRANSFORMASI MINDA MERENTASI ZAMAN..
Pendedahan dan latihan demi latihan diberikan kepada para ahli GPTD bagi mempersiapkan diri untuk menjalankan misi tersebut. Motto tersebut signifikan dengan penjelajahan ini kerana ia bermaksud perubahan yang dihadapi oleh minda setiap individu merentasi zaman yang dilaluinya, keadaan asalnya sekarang. Setiap individu akan mengalami proses transformasi itu. Namun bila dan bagaimana semua itu terjadi adalah bergantung pada kehendak dan kemahuan diri sendiri.
Iktibar dari kisah Buya Hamka perlu diteladani semua. Cuba ambil sedikit masa untuk membaca kisah hidup beliau dan menikmati keindahan pengalaman dan ilmu yang beliau ada. Setiap dari kita sentiasa diberikan ruang dan peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Doakan usaha kami ini. Moga diberkati dan berjalan dengan lancar. Sebarang pertanyaan, makluman, atau sumbangan boleh hubungi kami di gptdunisel.blogspot.com.

Friday, July 17, 2009

Permulaan

Lama tidak mengupdate laman ini. Kesuntukan masa. Mungkin saya yang tidak pandai menguruskan masa sebenarnya. Melakukan semua kerja tanpa perancangan yang rapi. Perlu diperbetulkan di masa hadapan.
Hari Rabu lepas, Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD), Unisel telah mengadakan sesi taaruf ringkas di bilik kanak-kanak, Perpustakaan Unisel. Cabaran pertama buat para pimpinan kerana inilah ahli-ahli baru kami. Amanah kami.
Pelbagai kerenah dan ragam. Alhamdulillah, sesi taaruf itu berjalan lancar. Semua yang terlibat telah mempamerkan kesungguhan dan minat terhadap persatuan yang baru dua minggu tertubuh secara rasmi di Unisel.
Ujian dari Allah datang lagi. Mengisi iman di lohong-lohong yang ada dalam hati. Saya tidak mampu mendengar keluh-kesahnya..tangisnya..Perlahan-lahan, air jernih ini turut gugur sama. Maafkan saya terlalu emosi di saat ini. Namun, bebanan ini terlalu hebat. Dugaan kali ini tampak terkesan. Mengguris jiwa. Melakar duka.
Biarlah masa yang menentukannya. InsyaAllah, dengan usaha dan ikhtiar..segalanya akan pulih seperti sedia kala. Selesai sudah segala assignment dan presentation. Hilang penat seketika sebelum menyambung perjuangan dalam peperiksaan akhir pada hari Isnin hingga Rabu nanti. 3 hari. Doakan saya..
Perjalanan buat semester ini hampir tiba di penghujungnya. InsyaAllah,semester hadapan saya bakal melangkah ke tahun 3. Semoga dipermudahkan jalan..
Kata-kata Buya Hamka "Orang yang pintar adalah orang yang merasa bodoh, maka dia takkan berhenti membaca dan belajar"
Kenapa saya sering menjadikan kata-kata Buya Hamka sebagai sebagai rujukan?Nantikan jawapannya..

Wednesday, June 17, 2009

Adakalanya..

Hari ini, kami marathon kelas selama 5 jam. Dari 8.30 pagi hingga 1.30 petang. Kalau subjek mengira boleh tahan lagi..Ini SUBJEK MEMBACA!!!
Ternampak Dr.Halim di seberang jalan. Awalnya beliau datang. Waktu mengajarnya di kelas kami adalah jam 10.30 pagi. Beliau memang berdedikasi orangnya. Mungkin kerana pagi-pagi otak masih belum di generate, jadi masing-masing diam. Sehinggalah..

Nanthini : U rasa dia naik bas ke?

Saya : Hmm...tak kot. Tengok, bas Unisel baru je lepas, sedangkan dia dah jauh berjalan.

Nanthini : Habis tu, mana kereta dia? U agak yang mana?

Tetiba saya menjadi ahli nujum..Terkerut-kerut memandang parking lot.

Saya : I rasa Merc tu la. Sebab ada 3 kereta kat situ. Kancil, Wira, dan Merc..Based on his
ability, I think that Merc. Hehe (dengan konfidennya)

Tiba-tiba Dr.Halim berpatah balik ke arah parking lot tersebut. Cuak seketika kot-kot tekaan saya salah..Alhamdulillah, betul. Haha
Sedang asyik membelek nota, tiba-tiba saya disergah. Takde makhluk lain dalam kelas ni yang pakar menaikkan darah saya kecuali si Tiang Letrik ni..Paket biskut dihulurnya "Kecik, nah untuk ko." Eeeee mendidihnya. Tapi tak mengapa..Sebab dia tetiba jadi baik hari ni, jadi saya maafkan dia. Dapat biskut. Suka2..
Tiba waktu Dr.Halim, kami diajar cara penulisan Technical,Semi Technical, dan Non-Technical Writing. Agak payah pabila budak matematik bertukar menjadi bahasa.
Satu statement daripada Dr.Halim "Bookworm selalunya malas ke dapur."
Renung-renungkan dan selamat mengambil iktibar..

Thursday, June 4, 2009

Bersyukur

Minggu ini adalah minggu pertama bagi semester 3. Bakal menyudahkan tahun ke 2 pegajian ijazah pada hujung semester ini. Pantas..
Kelas saya cuma pada hari Selasa dan Sabtu. Kedengaran lucu buat teman-teman. Namun, itulah hakikatnya. Adat menuntut ilmu. Alhamdulillah, kesyukuran saya panjatkan pada Ilahi kerana Ma telah sembuh dari sakit. Nafas lega dielus perlahan.
Kecoh anak-anak buah saya pabila saya tidak bercuti sedangkan mereka dalam cuti persekolahan sekarang. Soalan-soalan cepu cemas ditanya berulang-ulang. Tidak terbayang nanti apabila Afiqah dapat bercakap dengan lancar. Jenuh nak menjawabnya. Buat masa sekarang, dia cuma pandai menyebut "Nak shushu" (nak susu), "Ayee piqah "(saya Afiqah), "Ana icu "(mana Ayah Su?) dan beberapa ayat lain yang memeningkan kepala Pak Cik-Pak Cik dan Ma Ciknya. Ma sahaja yang cekap memahami pertuturan si kecil yang montel itu.
Semalam, saya menghadiri diskusi bersama teman-teman seperjuangan. Sejarah pengkisahan Rasulullah yang bermula dari sebelum kelahiran Baginda sehingga hijrah ke Yathrib (Madinah) telah mengembalikan nostalgia lama apabila kita belajar tentang sejarah tersebut semasa di darjah 2 sekolah rendah. Cukup teruja. Memori yang ingat-ingat lupa kembali segar.
Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah resolusi yang telah kami buat pada penghujung pertemuan. Transformasi diri, minda, dan akhlak adalah penting sebelum kita mentranformasikan orang lain. Tetapi, jangan terlalu lama masa diambil untuk proes tersebut.
Proses mencari dan mendapatkan ilmu mestilah berperingkat-peringkat. Bukannya semua sekaligus dalam sesuatu masa. Untuk menyeru orang lain, serulah secara berhikmah supaya tidak timbul perasaan benci dan putus asa di pihak yang satu lagi.
Yang paling penting, percayalah setiap apa yang berlaku adalah ketentuan Allah..
Salam perjuangan buat semua ahli diskusi..

Friday, April 10, 2009

Minggu Yang Kritikal

Blog yang kusayangi...
Maaf kerana hampir 2 minggu tidak mengupdate mu.hehe

Perjalanan hidup bermula dari hari Isnin hingga ke saat ini terlalu bermanfaat. Terima kasih buat adik-adik serumah yang memahami kesulitan ini dan sudi bergilir-gilir memasak untuk diri ini.

Isnin: Pertemuan dengan anggota baru kelab. Persembahan power point yang saya paparkan mendapat sambutan dan penerangan yang saya berikan diharapkan agar mendapat kefahaman semua. Saya bukan presenter yang baik

Selasa: Hari ini dipenuhi dengan kelas-kelas dan assignment yang bertubi-tubi. Agak tertekan pada hari ini kerana sakit kepala datang menyerang tiba-tiba. Saya cukup tergugat pabila sakit ini datang kerana apa yang saya mampu lakukan pada waktu itu cuma tidur..

Rabu: Cabaran yang sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi. Dua test yang cuma berbeza 1 hingga 2 minit antara satu sama lain membuatkan kami merintih.Test Experimental Design di Fakulti Sains Gunaan dan Matematik dan Test Finance di Fakulti Pengurusan Industri memang menyesakkan.Selepas marathon test, rehat selama 30 minit sebelum sesi kelas seterusnya. Berkejar-kejar semuanya sebelum Mdm Che Manisah masuk ke kelas.Kelas yang berakhir tepat jam 3.50 petang terasa lega sedikit. Saya, Ng, Dines, dan Kavitha menemani Nanthini menderma darah di rotunda fakulti. Lebih kurang jam 6, saya tiba di hostel.Makan dengan bahagianya kerana terlalu lapar. Rehat seketika sebelum meneruskan marathon kelas malam nanti. Tersedar dari lena,sudah 8.02 malam.ha???
Bergegas solat Maghrib dan terus ke kelas.Fikir kami, pada malam ini Mr. Nazran cuma akan memberikan lecture,tetapi silap..tutorial dan mesti dihantar pada waktu tersebut.Aduh!!! Sekali lagi otak ini diperah dan selesailah sesi marathon pada hari ini. Pulangnya ke hostel saya tidak dapat menahan bebanan di kepala ini lagi.Usai mandi dan solat, badan terus direbahkan. Semenjak dua menjak ni, kepala saya terasa bagai disiat-siat. Sakit yang melampau-lampau itu tidak dapat membuatkan mata saya terpejam. Ya Allah...

Khamis: Beratnya mata ini untuk terbuka..Hari ini cuma ada dua kelas.Pagi dan malam. Tidak terasa sangat bebanannya. Selepas kelas malam, saya menjenguk di Dewan Biru. Pertemuan barisan MPP dengan para mahasiswa. Ingin terus masuk, tetapi tempat duduk yang kosong cuma kelihatan di barisan hadapan.Tidak!!!Sudahlah lambat, tiba-tiba popular.Lantas, saya pulang dengan hati yang berbekam. Saya teringin untuk mendengar setiap bait kata yang lahir dari mulut para pimpinan kerana itu adalah janji mereka dan amanah kami. Pabila teman serumah bersetuju untuk ke sana, saya bersyukur..Menjadi perosak majlis terhormat pun jadilah.Pertemuan dengan Yang Di Pertua MPP amat kami hargai. Semoga beliau tabah dalam menghadapi liku-liku sebagai seorang pemimpin.

Jumaat: Orang lain buat proposal 1 minggu, saya buat..1 malam. Kerana tuntutan masa, saya terpaksa akur dengannya. Selesai sesi mengedit, tepat jam 4.25 petang saya menghantar proposal tersebut ke hep.Doakan semoga permohonan tersebut diterima dengan jayanya.
Doakan saya dan semua yang terlibat.

Sunday, March 29, 2009

No One Can Make U Feel Inferior Without Your Permission

Jam 7.55 pagi saya dikejutkan dengan deringan telefon dari Ain. Saya sepatutnya berada di dalam bas menuju ke Unisel Shah Alam sekarang! Saya terlewat bangun..bercampur-baur perasaan ini kerana saya tidak sampai hati membiarkan orang lain tertunggu-tunggu kerana kelewatan saya.Setelah didesak beberapa kali oleh Ain, saya dan Jun bersiap-siap walaupun persediaan tersebut cukup menyesakkan. Seteguk air pun tidak sempat diminum. Saya perasan ada muka-muka yang tidak berpuas hati dengan kami, tetapi dek kerana kekalutan tersebut saya tidak berani meminta maaf apatah lagi mengangkat muka.Kepada semua yang menunggu saya, saya minta maaf..
Berlangsungnya Wacana Ekonomi Ummah di sana.Niat saya untuk bertemu Dato' Seri Anwar Ibrahim berkecai kerana beliau berada di luar negara dan pidato beliau telah disampaikan oleh Nurul Izzah binti Anwar, anak beliau. Walaupun sedikit terkilan, tetapi saya berbangga kerana inilah pertama kali saya bertemu dengan beliau
Nurul Izzah binti Anwar Ibrahim: "Krisis ekonomi global yang berkait rapat dengan akhlak manusia. Betapa krisis kewangan ini adalah kerana berlakunya krisis nilai antara kita.
Kemelesetan ekonomi yang berlaku sekarang sebenarnya membuka peluang kepada pasaran baru. Kebenaran berkenaan krisis ekonomi sebenar perlu dikhabarkan kepada rakyat kerana merekalah yang akan menghadapi psychological collapse"
Tan Sri Dato' Mohamad Ali bin Hashim: "Punca keperkasaan sesuatu bangsa datang daripada kekuatan ekonomi. Umat Islam yang miskin akan membawa kepada kekufuran kerana umat yang miskin adalah umat yang lemah semangat dan kecil jiwa. Jadilah seperti gajah..gagah dan berani. Jangan menjadi gajah sarkas yang tidak tahu melepaskan diri walaupun besar, dengan tali yang kecil menjadi pengikat, gajah lupa diri, lupa asal usul, dan lupa warisan hanya kerana diberi makan oleh orang, dikurung di dalam kandang, menjadi bahan ketawa orang ramai"
Timang tinggi-tinggi,
Jangan sampai jatuh tangga,
Belum tumbuh gigi,
Dah pandai meniaga.

Monday, March 23, 2009

Mengajar ketam berjalan lurus

Mungkin terlalu biasa pepatah Melayu tersebut. Sejak dari kecil sehingga sekarang, kita telah didedahkan dengan ayat berlapik itu.

Tetapi berapa ramai yang mempraktikkannya? Persoalan itu timbul di benak saya apabila melihat kondisi di kampus yang semakin hari semakin sulit percaturannya. Saya akui, semua orang tidak sempurna..Namun ,kita digalakkan menuju ke arah kesempurnaan itu.

Perlakuan-perlakuan yang 'aneh' bagi saya yang seringkali berlangsung dengan jayanya di kafe utama kampus amat menjelikkan. Saya bukanlah sesiapa untuk menegur. Tetapi, saya mempunyai tanggungjawab untuk mengislahkan bumi Unisel ini. Teguran ini bukan bermaksud saya seorang yang radikal dalam bab sosial, tetapi sebagai mahasiswa yang bermaruah...kita wajar mempertontonkan imej yang selayaknya.

Berpelukan, merokok, membuat bising di tempat awam khususnya kafe utama amat menjengkelkan. Menang pertandingan bola sepak peringkat kampus, namun bersoraknya umpama telah mengalahkan MU. Mahasiswakah itu? Terjerit-jerit di khalayak, terlompat-lompat, membunyikan hon tanpa henti.

Muhasabahlah kita bersama..