Sunday, August 21, 2011

Minta Kuat


Pelajaran hari ini: redha.
Bila Dia sudah takdirkan sesuatu itu bukan untuk kita...walaupun ianya sudah ada dalam tangan, tapi mungkin akan terlepas ke tangan yang lain.
Kerana, memang sudah tertulis...ia tidak menjadi milik kita.

Itu 'lakaran' status saya pada hari Jumaat yang lalu. Sekadar status berdasarkan rasa hati. Tidak disangka, teman-teman menghantar mesej. Bertanyakan hal itu.

Jujur, saya sungguh-sungguh menelaah tentang pelajaran REDHA itu. Hal yang terjadi, sudah terjadi.

Kadang-kadang kita rasa apa yang kita buat confirm betul lah.

Rasa diri macam malaikat.

Tapi, kita jarang tersedar yang Dia Maha Tahu apa yang sepatutnya berlaku.

Contoh:

Sepasang suami isteri (Encik A dan Puan B) membuat 1 senarai nama untuk para jemputan sempena majlis hari lahir anak kesayangannya. Terdapat 20 nama pada senarai itu. Kesemuanya kanak-kanak termasuklah anak orang gajinya. Yang akan diraikan bersama anaknya nanti. Nama-nama yang tersenarai itu nanti akan diberikan hadiah yang istimewa.

Tiba hari yang dinantikan, majlis meriah. Tetamu yang datang bergembira. Doa selamat dilafazkan mohon keberkatan dan kebahagiaan. Riang hati anak-anak tidak terkata.

Hadiah-hadiah dibahagikan mengikut senarai nama. Gembiranya bukan kepalang. Masing-masing tidak sabar mahu membuka bungkusan hadiah itu. Tapi, ibu bapa mereka menghalang.

"Buka di rumah nanti, nak." ucap si ayah. Mahu anaknya bersopan.

Tidak dijangkakan, seorang kanak-kanak yang hadir tidak mendapat hadiah itu. Anak si bangsawan. Dia terpinga-pinga. Mungkin tertanya-tanya sendirian 'Kenapa saya tak dapat?'

Luahan itu cuma didengar oleh sang ibu dan ayahnya.

Encik A dan Puan B panik. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Diam.

Perlahan-lahan, Encik A mendekati anak orang gajinya.

"Boleh pakcik minta hadiah kamu? Pakcik nak bagi pada dia. Nanti pakcik gantikan dengan yang lain."

Apa yang mampu anak orang gaji itu menjawab?

Dia tunduk. Kaku. Perlahan-lahan, matanya dialihkan pada sang ibunya yang berada di penjuru dapur. Minta kepastian. Ibunya diam.

Anak orang gaji itu menatap bungkusan di tangannya. Dengan rasa hati yang ikhlas tapi jauh, dihulurkan kepada Encik A.

Apa perasaan kita andai kita adalah anak orang gaji itu?

***************
Oh, mungkin ada yang beranggapan....itu kisah kanak-kanak.

Tapi, ianya tentang perasaan. Tentang didikan hati untuk belajar redha dan melepaskan apa yang kita sudah pegang.

Juga tentang taraf seorang manusia.

Antara 20 orang anak-anak itu, kenapa anak si orang gaji yang dituju oleh Encik A?

Kisahnya berlainan. Tapi, begitulah ceritanya. Jalannya.

Kita selalu 'bertazkirah' tentang persamaan manusia di pandangan Allah s.w.t. Bedanya cuma pada TAQWA. Tetapi berapa ramai antara kita yang membezakan manusia hanya kerana tarafnya? Statusnya? Kedudukannya?

Saya tidak marah, jauh sekali melenting.

Saya hanya sebak. Kerana sering menjadi pihak yang 'mengalah untuk kebaikan'. Pihak yang 'sedar diri'. Dan pihak yang 'cuba belajar maksud redha'.

Andai diganti hadiah yang sama dengan hadiah yang diberikan kepada 20 orang anak-anak itu tadi, ianya sama. Cuma rasa yang anak orang gaji itu rasa.....kekal sampai bila-bila.

Tidak salah kiranya, Encik A dan Puan B membelikan sesuatu yang lain untuk anak si bangsawan itu. Ataupun meminta keluarga bangsawan itu menunggu seketika sebelum membelikan hadiah.

Jangan pernah rampas apa yang sudah di tangan si kecil. Jaga jiwanya.

Memaksa diri untuk berfikiran positif menyebabkan jiwa sebu.

Saya tahu saya tidak mampu. Tapi saya terus cuba, biarpun pahit.

Untuk kebaikan yang lain.

Semalam, selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim, saya tersenyum.

Saya belajar tentang redha. Mereka juga belajar.

Cuma, pelajaran mereka lebih ketat. Belajar redha sedari kecil. Menerima ketentuan Ilahi dengan sepenuh hati kerana yakin ada yang tersembunyi. Positifnya mereka!

Secebis perbualan antara aku dan salah seorang daripada mereka:

Ummu : Acik ada ayah?

Saya : Takde dah. Ayah acik dah meninggal. 5 Julai 2006.

Ummu : Oh.....ayah kita pun dah meninggal. 4 Mac 2009. Kita sama-sama anak yatim kan?

Aku tersenyum. Dia sudah 'khatam' erti redha dalam hidup. Aku?

2 comments:

  1. take it in a positive way...itu tandanya Allah sayang, wan adalah insan terpilih utk silibus kali ini...Allah bg peluang rasai pengalaman yg bg kita pahit, tp sebenarnya manis...silibus yg tiada dlm mana2 subject...topik: mendidik hati, bukan mudah nak jd insan/intan terpilih...sekurang2nya wan ingat sampai bila2, dan inshaAllah takkan buat begitu pd sesiapa tak kira tua atau muda, tinggi atau rendah pangkatnya....silibus ini bukan utk wan sorang tp utk semua yg terlibat, yg mendengar, yg membaca...u r stronger enough to face all this situation dik...

    ReplyDelete
  2. Allahumma Amin...
    akan ingat nasihat ni sampai bila2.
    tima kasih kakak kerana sudi menjadi 'telinga' untuk segala bebanan ini.
    walaupun kadang-kadang tak mampu untuk terluah, tapi akhirnya termuntah juga.
    mahu terus kuat sebagai hambaNya!

    ReplyDelete