Sunday, October 2, 2011

Episod Dalam Sekolah Kehidupan.

Maaf... ungkapan paling sesuai untuk kalian dan juga rumahku ini. Aku benar-benar tidak berkelapangan sekarang. Terasa 24 jam itu tidak cukup. Ada sahaja yang tertinggal untuk diselesaikan. Allah, nikmat sibuk sebelum lapang yang belum dapat diselesaikan dengan sebaiknya. Ini adalah hasil 'pengumpulan' bahan buat tatapan kalian. hehe

27 dan 28 Oktober yang lepas, saya berpeluang mengikuti Skuad Jejak Kemiskinan di PPRT Kota Damansara. Dibahagikan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan oleh pihak di Pejabat Agihan. Saya ditempatkan dalam grup ketiga, Blok C. Untuk pengetahuan semua, PPRT Kota Damansara mempunyai 4 blok besar. Kumpulan saya dianggotai oleh 8 orang dan hanya saya seorang hawa dalam kumpulan tersebut. phewww~

Tugas saya adalah berada di bawah dewan tersebut bagi membantu Ketua Kumpulan dan mengemaskini setiap borang yang telah diambil oleh para pegawai berdasarkan lawatan dari rumah ke rumah dalam blok tersebut dan menjadi 'kaunter pertanyaan' kepada mereka yang inginkan kepastian daripada pihak kami.

Banyak perkara yang saya alami sepanjang 1 hari berada di situ. Sebak, sesak, sarat...memenuhi ruang hati.

Sebelum pulang, saya memandang ke arah taman permainan itu. Ada 4 orang kanak-kanak sedang bermain jongkang-jongket. Si kakak meriba adiknya yang bongsu. Mereka adalah anak-anak yang ditinggalkan di rumah kerana si ibu dan ayah keluar bekerja bagi mencari sesuap nasi buat mereka sekeluarga.

Meninggalkan anak-anak adalah cara yang mereka rasakan terbaik buat masa itu. Yang sulung dan kedua akan menggalas tugas bergilir-gilir menjaga adik-adik. Usia 10 tahun, 8 tahun, 5 tahun, dan 1 tahun.

Saya tidak dapat membendung rasa yang sarat itu. Allahu Akbar!

Semoga misi Skuad Jejak Kemiskinan ini benar-benar memberikan manfaat buat fakir miskin yang benar-benar memerlukan. Kemiskinan tidak dapat dibasmi, tetapi atas dasar kesedaran dan inisiatif semua, insyaAllah ianya dapat dikurangkan.


Ini berita baik untuk bulan ini. (berita baik pasal kawen belum tahu bulan bila)
Eden monang mak! keh3


Ampun....gambar terbalik. Sindrom kemalasan melanda. Kalian boleh sengetkan laptop / pc untuk gambar yang lebih jelas. Lagipun, tak seronok asyik tengok gambar tegak aje...iya dak? ~lalala~



Pulang dari kerja Jumaat lalu, ada sekeping nota di atas katil. Bersama isinya.


Terharu...

Sudah digunakan ke dinner pada hari Sabtu yang lepas.


Oh, saya benar-benar bukan dalam suasana penulisan sekarang. Saya tidak tahu bila lagi saya akan menulis. Patah hati agaknya.

Bermula Oktober hingga Disember tahun ini, saya harus berkejar-kejaran lagi. Banyak yang harus diselesaikan. Maafkan saya lagi andai tidak mampu untuk mengemas rumah ini.

InsyaAllah, saya akan berusaha sedaya-upaya untuk melunasinya.

*Lewat bulan lalu, saya menerima 1 panggilan dari seseorang. Mengkhabarkan berita baik untuknya. Sebenarnya, ia juga berita baik untukku juga. Alhamdulillah, aku benar-benar dapat menarik nafas lega sekarang.*


*Kan saya sudah kata, saya tidak suka istiadat, konvokesyen. Tengok, hari ini saya betul-betul tertekan dengan 'istiadat' itu. Grrrr.....



2 comments:

  1. Tahniah kak menang..

    Tahniah juga untuk kovokesyen even saya tahu akak dah berjaya tamat belajar dengan cemerlang..

    ReplyDelete
  2. Haha terima kasih...

    Akak memang cemerlang, gemilang, terbilang. (wondering....)

    ReplyDelete