Waktu sedang melipat telekung, ketua saya masuk.
"Wan, akak nak cakap sikit."
Saya memandangnya. Tekun. Tanda mendengar.
"Cuba ko tengok ubat gigi ni."
Berkerut-kerut dahiku memandang ubat gigi yang kepunyaanku. Dia meminjamnya dariku.
Mataku membulat. Tanda tidak faham.
"Cuba ko tengok betul-betul. Perbezaan yang ko bagi kat akak tadi dengan yang sekarang."
Oh.....
Rupa-rupanya dia telah menekan ubat gigi saya hingga ke segenap ruang dinding ubat gigi itu.
"La ilaha illallah..."
Geram juga pada mulanya. Tapi saya tahu, dia sekadar menduga hati saya.
Dia menyambung bicara.
"Wan, bila kita berkahwin dengan orang yang pertama kali dalam hidup kita serumah dengannya, sekatil, dan semuanya dikongsi dengannya, banyak benda yang kita kena belajar. Kita mesti benar-benar faham yang kita dan dia sangat berbeza."
Saya tersenyum. Bicara orang berumah tangga. Begitulah...
"Kadang-kadang, pasal ubat gigi pun boleh bergaduh. Kita tekan lain, dia tekan lain. Sebab itu asas rumah tangga perlu ada agama. Ada persefahaman. Ada tolak ansur."
Saya diam..banyak ilmu yang perlu saya hadam.
Itulah hidup dan kehidupan. Harus sentiasa belajar dan terus belajar.
Tahniah buat saudara-mara dan sahabat-handai yang bakal menunaikan salah satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w. iaitu menikah.
Ingat-mengingati untuk kebaikan.
Tajuk lain:
- Terlalu lama menyepi dari dunia blogger, fb, dan sebagainya secara online kerana sebab-sebab tertentu. Maafkan saya.
- Perut saya sangat punctual sekarang. Breakfast mesti 8-9 pagi, lunch mesti 1-2 petang, dinner wajib 7-8 malam. Pernah sekali, saya terlewat makan tengah hari kerana ada janji temu di UM. Kesannya, saya telah memuntahkan semua isi perut. Hingga ke hari ini saya masih tidak lalu makan. Makan ikut masa, tetapi dalam kuantiti yang sedikit.
Saya akan stress kalau org yang guna ubat gigi tak reti nak tekan ubat gigi ke arah yg sepatutnya.... Grrrr....
ReplyDeletep/s: Makan ikut masa, dlm kuantiti yg sedikit. Itu yg tbaik! Bagus2.
Maknanya jodoh kamu nanti si gadis yang akan menyebarkan ubat gigi ke segenap dinding.
ReplyDeleteHaha
pssst, selalu makan xkira masa, dalam kuantiti yang banyak. Allah bagi 'pelajaran'. Sihat sebelum sakit.
Terima kasih =)
Jika begitu gayanya, sungguh mau byk2 bsabarlah diriku ini. Tp mgkin boleh mengajar si gadis itu untuk ikut cara yg sistematik menekan ubat gigi, kan? Hilang stressnya. heee..
ReplyDeletep/s: Encik dietitian ada di sini jika perlukan nasihat
Pupuk sikap bertolak-ansur dari sekarang. Tak kira dengan siapa pun.
ReplyDeleteHidup kan perlu ada warna-warni, baru meriah. Kalau semua orang tekan ubat gigi cara sistematik, bosannya hidup.
**Sudah lama melancarkan perang dingin dengan En./Pn. Doktor. apatah lagi En.Dietitian. huh!
Kalau mahu memberi nasihat, silakan. beta bersedia mendengarnya. Mana la tau kot-kot akan digunakan bila terdesak.
Ngheee..(perkongsian ilmu itu sangat bagus)
Utk nasihat pemakanan, teruskan dengan jadual makan cekgu yang sekarang. Sudah sangat bagus. Untuk maklumat lanjut, bisa dibuat temu janji ;P heee...
ReplyDeleteAlhamdulillah, syukur..
ReplyDeleteTemu janji? tak nak lah buat temu janji dengan En.Dietitian yang sibuk. nanti asyik tertunda saja. ~lalala~